Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

" sesungguhnya Allah berfirman: 'Aku bersama hamba-Ku selagi mana ia mengingati-Ku dan kedua-dua bibirnya bergerak (untuk berzikir)" (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

Wednesday, April 27

SAKIT

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM


Alhamdulillah syukur kerna walau dalam kesakitan Allah masih panjangkan usia ku walaupun mungkin esok aku tiada lagi di sini. Selawat dan Salam buat Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW. Semasa menulis entry ini aku bermohon supaya Allah sembuhkan penyakit ku yang semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini.. Amin...




SAKIT....... adalah anugerah daripada Allah untuk hamba-hambaNya yang layak di uji kerna sesungguhnya Allah hanya menguji sesiapa yang tahan di uji dikalangan hamba-hambaNya.. Bukan semua dari kalangan hamba-hambaNya akan menerima ujian penyakit ini... (mungkin aku dikalangan yang terpilih menerima ujian penyakit ini)...Alhamdulilah...

Apabila sakit kita akan mengeluh dan melupakan nikmat kesihatan yang Allah pernah berikan dahulu... Kita menjadi putus asa dan memarahi Allah kerna memberikan kita panyakit.. isk3.. astagfirullah.. bertapa tidak bersyukurnya kita..... 

bukankah dulu Allah pernah memberikan nikmat kesihatan kepada kita namun kita tidak mensyukuri nikmat itu?? Mengapa sekarang kita sakit kita semakin tidak bersyukur dan menyalahkan Allah?? Nauzubillah... Cuba kembali kepada islam yang sebenarnya... Allah memberikan kita penyakit kerna ingin kita semakin dekatkan diri kepadaNya bukan sebaliknya.. Tetapi sayang sekali, bila kita sakit kita jauh dari Allah.. kita menjadi manusia yang putus asa dan patah semangat untuk memohon doa kepada Allah malah lebih dasat lagi apabila kita cuba mencabut nyawa kita sendiri.. isk3... nauzubillah...


Tidakkah kita tahu bahawa penyakit itu kafarah dosa??

Dalam satu waktu, Rasulullah menjenguk Salman al-Fahrisi yang tengah berbaring sakit. Rasulullah bersabda.“Sesungguhnya ada tiga pahala yang menjadi kepunyaanmu dikala sakit. Engkau sedang mendapat peringatan dari Allah SWT, doamu dikabulkan-Nya, dan penyakit yang menimpamu akan menghapuskan dosa-dosamu.”
Bertapa baiknya Allah memberikan ujian penyakit kepada kita kerna dengan nya ia dapat menghapus dosa-dosa kita.. Namun mengapa kita masih merintih apabila kita di timpa penyakit??? Cuba memikirkan semula tiada yang di takdirkan sia-sia oleh Allah.. Allah hanya memberikan yang terbaik kepada umat-umatNya.. InsyaAllah...

Jadilah kita diantara yang bersyukur dan penerima ketetapan kerna sesungguhnya Allah sentiasa mengasihi dan merahmati kita walaupun kadang-kadang kita tidak mengasihi atau kadang-kadang kita lupakan Nya... isk3.. dasatnya kita.... 


Buat ingat pada diri dan semua janganlah kita mencela atau mengkeji penyakit yang Allah berikan kepada kita... 

Rasulullah pun melarang untuk mencela penyakit. Ketika Ummu Saib sakit demam dan mencela penyakit yang menimpanya, Nabi bersabda. “Janganlah kamu mencela demam. Karena sesungguhnya demam itu menikis kesalahan anak cucu Adam sebagaimana bara api mengikis keburukan besi.” (HR. Muslim)
“Tidaklah orang Muslim ditimpa cobaan berupa penyakit atau lainnya, melainkan Allah menggugurkan keburukannya, sebagaimana pohon yang menggugurkan daunnya.”
(HR. Bukhari-Muslim)

Jadi sama-sama kita memuhasabahkan diri apabila penyakit menimpa kita kerna semua yang terjadi datangnya dari Allah dan tiada yang di jadikan sia-sia oleh Allah.. insyaAllah....

p/s: harap Allah sabarkan saya dengan ujian penyakit ini.. amin... semoga Allah permudahkan saya menjalani hidup ini.. insyaAllah... selamat beramal ya kawan2.. :) 
  

Tuesday, April 19

ANDA TERISTIMEWA DI HATI SAYA~ (n_n)

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM


maaf mungkin selama ini aku bkn shbt yg baik,
maaf juga, mungkin selama ini aku sering melalaikanmu,
maaf lagi, mungkin aku mbuatmu berasa sedih trsisih,
maaf juga mungkin ada bicaraku yg pedih,                  
maaf juga mungkin selama ini aku tidak memahami,
maaf juga aku hamba yg biasa,
kerna kelemahanku itu sering aku panjatkan doaku buatmu,
moga Allah selalu menyayangimu kerna siapa pun kamu, kamu ialah sahabatku~~

“pada hari itu sahabat-sahabat karib sesetengahnya akan menjadi musuh kepada sesetengah yang lain kecuali orang-orang yang persahabatan nya berdasarkan taqwa (jiwa dan amal soleh)”

Pada saya jika persahabatan itu berniat kerna Allah SWT maka persahabatan itu akan kekal dan di rahmati oleh Allah selalu. Tapi ujian dan dugaan dalam persahabatan itu sentiasa ada kerna ia menguji ketabahan dan kejujuran kita dalam menjalinkan persahabatan. Jadi kita perlulah menangani masalah dalam persahabatan ini dengan lembut dan janganlah kita perbesarkan perkara yang kecil. Ambillah tindakan buang yang keruh dan buang yang keruh~ (n_n)

p/s: saya amat mengasihi sahabat-sahabat saya yang banyak membantu dalam mengenal diri saya. Saya syukur kerna di berikan sahabat yang baik oleh Allah. Terima kasih Ya Allah. (n_n). Saya amat sayang kalian sahabat-sahabat saya~ 

Monday, April 18

KERNA ENGKAU ISTERI

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM






Perempuan yang paling mempesona adalah isteri yang solehah, ketika suaminya menuntunnya kepada kebaikan maka dengan sepenuh hati dia mentaatinya, jua tatkala suami pergi,maka dia akan amanah menjaga harta dan kehormatannya, isteri yang tidak silau dengan gemerlap dunia merasa cukup dengan apa yang ada, merengkuh setiap redha suami. Lelaki berpredikat lelaki terbaik adalah suami yang memuliakan isteri, suami yang slalu dan  selalu terukir senyuman di wajahnya... (n_n)


Tanda-Tanda Cinta Menurut Ibnu Qayyim Al-Jauziah

Pertama, ketika mereka saling mencintai maka mereka tidak akan pernah saling mengkhianati, mereka akan senantiasa saling setia,memberikan semua komitmen mereka



Kedua, ketika seseorang mencintai,maka dia akan mengutamakan yg di cintainya,seorang istri akan mengutamakan suami dalam keluarga dan seorang suami tentu saja akan mengutamakan istri dalam perlindungan dan nafkahnya,mereka akan sama sama saling mengutamakan


Ketiga, ketika mereka saling mencintai maka,sedetikpun mereka tidak akan mahu berpisah,lubuk hatinya selalu saling terpaut,meskipun secara fizikalnya berjauhan,hati mereka,seolah selalu tersambung,ada do'a istrinya,agar suami selamat dalam pekerjaan,ada tengadah jemari istri,kepada Allah,supaya suami selalu dalam perlindungan-NYA, tidak tergelincir,juga ada ingatan suami,yg sedang membanting tulang meraup nafkah halal utk istri tercinta,sedang apakah gerangan istrinya,lebih semangatlah ia....


wah!! ini adalah tanda-tanda buat suami dan isteri bukannya pakwe dan makwe.. ngeee.. (n_n)....


p/s: harap suatu hari nanti saya mampu memberi cinta yang selayaknya di miliki oleh seorang suami terhadap isterinya. InsyaALLAH... (n_n)

Saturday, April 16

HATI ORANG YANG RINDUKAN SYURGA

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM



Alhamdulillah, syukur kerna sekali lagi Allah beri kesempatan buat saya untuk menulis.. Baru-baru saya berikan ujian dengan mengalami masalah kesihatan yang serius tapi tak serius sangat... (hehe.. saya pun tau serius atau tidak)..
Syukur kepada Allah kerna memberi kesembuhan kepada saya insan yang lemah ini. Terima kasih Ya Allah... :)


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Pernahkah kita dengar kisah mengenai isteri SHALEH IBNU HUYAYY?? Dia adalah seorang balu yang mempunyai dua orang cahaya mata lelaki. Kedua-dua anaknya di didik untuk melakukan ibadah, taat kepada Allah SWT dan mendirikan solat malam. Sungguh hebatkan wanita ini?? 


Dia pernah berkata kepada anaknya:' Tidak sepatutnya wujud di rumah kita ini satu waktu pun di malam hari yang berlalu, melainkan ada orang yang berdiri bangun melakukan solat tahajud dan berzikir kepada Allah" 


Kedua-dua anaknya bertanya:" Bagaimana yang bonda inginkan??


Ibunya berkata:"  kita membahagikan malam hari menjadi tiga bahagian di antara kita bertiga. Salah seorang di antara kamu mendirikan solat malam pada sepertiga malam yang pertama. Kemudian yang lainnya dibangunkan untuk mengisi sepertiga malam kedua. Manakala ibu sendiri yang bangun pada sepertiga malam terakhir untuk melakukan solat malam, kemudian ibu membangunkan kamu berdua untuk solat subuh"


Kedua-dua anaknya berkata: " Kami dengar dan kami taat wahai ibu." Setelah ibunya meninggal dunia, kedua-dua anak-anaknya tidak pernah meninggalkan soalat malam kerna cinta melakukan ibadah telah memenuhi hatinya. Maka waktu yang terindah  baginya adalah ketika kedua-duanya melakukan solat malam. Mereka membahagi waktu malam menjadi dua bahagian. ketika salah seorang daripada mereka sakit parah, maka yang seorang lagi menghidupkan malam itu seluruhnya dengan amalan ibadah dan zikir.






Tuesday, April 12

Hari ini Saya Ada, Esok Belum Pasti lagi

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Alhamdulillah sekali Allah berikan nikmat kehidupan buat saya insan yang hina dan lemah ini. Syukur rasanya kerna diberi kesempatan untuk terus berjalan menyusuri lembah kehidupan yang penuh dengan ujian dan dugaan yang akan menentukan di mana kedudukan saya sama ada yang beriman atau tidak olehNya. Selawat dan Salam saya tujukan kepada Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW dan Para Sahabat... 

Dalam satu riwayat dinyatakan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa berselawat keatasku sekali Allah akan berselawat keatasnya sepuluh kali dan akan dituliskan baginya sepuluh kebaikan. (HR Tirmizi)
...........................................................................................
Hari ini saya ada disini namun saya belum tahu adakah esok saya masih di sini?? hmm.. kesedihan bertapa dalam hati saya ketika ini dan ia menjadikan saya menangis tanpa airmata yang mengalir... Saya bimbang adakah saya telah buat yang terbaik buat Kekasih Hati saya yang Teragung itu?? Adakah saya telah membuat semua suruhanNya?? Adakah saya telah menghargai Dia sebenar-benarnya dalam hati saya?? Adakah saya telah melakukan semua yang dikehendakiNya?? Adakah Dia terima semua yang saya telah lakukan??? Addooiii... Pedih rasanya bila terpikir semua itu, dalam setiap apa yang telah saya lakukan akan menyebabkan timbul hiba di hati saya.. Rasa ini sering bertandang bila memikirkan bila-bila saja saya bakal dipanggil menghadapNya.. Tapi apakah daya saya?? Kehidupan hanya pinjaman buat saya.. Akhirat adalah yang abadi... Semua yang saya telah saya lakukan didunia akan dipertanggungjawabkan.. Adooii.. Macam mana saya nak jawab soalan-soalan yang bakal di tanya kepada saya?? Adakah saya boleh?? hmmm.. (kesedihan semakin menguasai hati saya)...


"Setiap jiwa akan merasakan kematian?" (QS Ali 'Imran [3]: 183)
 "Kami tidak menganugerahkan hidup abadi untuk
     seorang manusiapun sebelum kamu. Apakah jika kamu
     meninggal dunia mereka akan kekal abadi? (Qs: Al-Anbiya' [21]: 34)

Kematian itu pasti walaupun siapa pun kita, kerna kita akan di panggil kelak selepas kiamat untuk di pertanggungjawabkan atas semua amalan dan perbuatan di dunia. Dan selepas itu kita akan di tempatkan ditempat yang selayaknya diri kita sama ada syurga atau neraka. Wallahualam. Jadi persiapan kita haruslah cemerlang dan menepati piawaian yang telah ditetapkan oleh Yang Maha Kuasa. Jika kita manusia yang engkar maka nerakalah tempat kita, nauzubillah.. Tapi sekiranya kita beriman maka syurgalah sebaik-baik tempat untuk kita kembali. InsyaAllah.. Bak kata pepatah" Siapa yang menanam maka dialah yang akan menuai" maksudnye siapa yang beramal maka dia akan mendapat hasil yang terbaik di akhirat sana. InsyaAllah.. 
"Sesungguhnya akhirat itu lebih baik untukmu daripada dunia" (QS Al-Dhuha [93]: 4).
Jadi masa semakin suntuk sekarang, mulakan langkah pertama dan akhiri langkah terakhir dengan memenangi cinta dari Illahi.. Cinta ini bukan hanya di dunia malah ia berkekalan hingga ke akhirat. InsyaAllah...
p/s: kesedihan ini bukan untuk meratapi kematian sebaliknya kesedihan ini untuk menginsafi diri yang belum bisa berubah walaupun bermacam-macam hidayah yang dihadiahkan buat kita... isk3.. memohon sesiapa yang membaca blog saya untuk mendoakan keselamatan buat saya. amin..

sekian terima kasih
nam
wassalam



Friday, April 8

Bonggol Unta??

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

ASSALAMUALAIKUM.... Alhamdulillah Allah lapangkan masa saya untuk menulis entry baru disini.. Alhamdulillah juga kerna Allah masih berikan kesempatan untuk saya bernafas di muka bumi ini.. Syukur-syukur Ya Allah...

Kali ini saya ingin bebelkan tentang sesuatu yang baru sangat saya tahu.. isk3... Sedangkan sebenarnya benda ini telah menjadi trend dan fashion wanita zaman sekarang.. isk3.. tertinggal rupanya saya mengenai fashion ini.. Tapi tidak mengapa.. Ia tidak mengeffect kehidupan saya. Cuma ia memberi kejutan yang hebat buat saya.. isk3 lagi.. dasat betol benda ni... 

Teringat satu hadis apabila melihat wanita-wanita diluar sana memakainya... 

“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223. 


Rasulullah s.a.w bersabda: 


“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini” 
–hadith riwayat Muslim. Hadith no 212- 


isk3.. Sudah Rasulullah nyatakan bahawa sesiapa yang memakainya tidak akan memasuki syurga dan tidak mencium bau syurga.. isk3.. nampak sangat Rasulullah melarang keras pemakaian benda ini terhadap umat-umatnya.. Jadi mengapa kita terikut dengan fashion hingga mengabaikan hadis yang Nabi terulung kita ini sampaikan?? 

Hadis telah saya kuar tapi lupa pula nak bagitau apakah benda yang menjadi larangan oleh Rasulullah ini...
Benda itu adalah bonggol di kepala atau lebih di kenali dengan sanggul atau tocong... Mesti ramai orang tau sal ni kan?? 

ini lah maksud saya...sanggul tiruan.....


ini lagi satu.. isk3...

Saya pun baru tahu sal ini sebab kes jalan-jalan kat pasar malam... Alhamdulillah Allah bagi izin saya tahu tentang benda ini.. Kalau tidak saya memang serius tak tahu tentang benda ini.. isk3.. 

Kepada wanita kat luar sana... saya nasihatkan supaya janganlah buat apa yang Allah tak suka.. kenapa kita nak menempah neraka sedangkan syurga telah tercipta dengan sebaik-baiknya?? Pikirkanlah.. Semoga Allah beri hidayah buat kita semua.. AMIN.. insyaAllah..


p/s: Saya rasa bersalah sebab tak mampu cakap terus terang dan beri nasihat kat mereka.. Saya iman lemah.. isk3.. Harap Allah boleh maafkan saya.. AMIN..

sekian terima kasih
nam..
wassalam..

Thursday, April 7

Masjid Seri Petaling

BISMILLAHHIRRAHMANIRAHIM.


Alhamdulillah syukur kepada Allah kerna masih mengurniakan nikmat kehidupan pada saya yang hina dan lemah ini. Sesungguhnya masa makin singkat untuk saya hidup dalam dunia ini. Pada bila-bila masa saya akan di panggil menghadap Illahi.. Tetapi sesuatu yang paling membimbangkan saya ialah iman dan amal saya masih lemah... isk3.. 


Entry saya kali ini adalah mengenai masjid yang saya nak sangat pegi kat malaysia. Bukanlah jauh sangat pun dari rumah saya tapi saya tak cukup kuat nak pegi sana. Lagipun belum jumpa member yang sekepala yang boleh di ajak untuk pegi ke sana.. isk3.. 



Banyak pemikir agama dan pendakwah di sana. Seronok rasanya bila bergabung dengan orang-orang begitu. Sentiasa memikirkan ibadat dan dakwah. Di masjid ni tak pernah lekang dengan orang-orang yang sentiasa beribadat dengan bersungguh-sungguh.. Dasat sangat mereka ini.. JOSH!!  masyaAllah... 


Bila dengar ada seorang kenalan yang cerita sal orang-orang yang datang beribadat dan dengar bayan kat masjid ini.. Rasa tegak bulu roma.. isk3.. Dasat-dasat...


p/s: akhir sekali saya doa sangat kat Allah supaya berikan saya seorang kenalan muslimah yang sekepala yang tertarik dengan usaha ini.. Amin.. Semoga Allah sampaikan saya kat sana nanti.. Amin.. InsyaAllah... :)

Wednesday, April 6

Wahai Adik-Adikku Sayang....

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

           Entry kali ini khas buat adik-adik yang baru meningkat usia (eceh.. macam dah besar sgt pulak.. hehehe). Ini bukan untuk mengata atau memburukan mereka namun ia pengajaran dan nasihat yang wajib saya sampaikan. Nak cakap depan-depan takut mereka cakap saya jaga tepi kain mereka. Tapi saya sayangkan mereka dan ibubapa mereka. Kesian bapa mereka yang terpaksa tanggung dosa mereka kerna sesungguhnya mereka telah kenal dosa pahala.
.....................................................................................................

         Wahai adikku sayang, kakakmu di sini ingin memberi nasihat.. Walaupun akakmu ini tidak layak untuk menasihati adik, tapi akakmu ini ada tanggungjawab yang wajib dilaksanakan iaitu menasihati adik. Mungkin adik rasa adik masih muda dan kecik lagi. Tapi sebenarnya adik akak ini dah besar panjang. Dah pandai pikir pun. Kat sekolah pun adik belajar tentang dosa pahala. Betul tak adik?? 

       Tapi mengapa adik akak ini selalu mengabaikan perihal aurat?? Aurat itu wajib ditutup wahai adik ku. Tidak kiralah sama ada adik nak atau tidak.. Adik sedia atau tidak, adik wajib tutup. Jangan tunggu dah remaja baru nak tutup aurat, nanti akak takut adik tak sempat. Kita tidak tahu sampai bila kita dapat hidup kat dunia ini. Akak sayang adik jadi akak nak nasihat adik. 

        Wahai adikku sayang... mengapa adik suka pakai tudung pendek ke sekolah?? Akak tengok cam tak sesuai je adik pakai tudung macam tu. Adik lagi cantik kalau pakai tudung besar sikit. Boleh tutup bahagian depan badan kita. Malu orang tengok adik.. Adik akak kan seorang yang cantik, bertambah cantik kalau pakai tudung besar sikit.. :)

      Wahai adikku sayang, akak tengok sekarang adik selalu pakai baju yang kecik.. Kenapa adik?? Adik dah lama tak beli baju baru yek?? Tak per2, nanti minta ayah beli baju baru k.. Tapi kali ini beli baju besar sikit, supaya tak nampak bentuk tubuh adik.. Adik akak ini kan sopan orang nya, jadi lagi sopan kalau pakai baju longgar-longgar. :)

     Wahai adikku sayang, akak lihat bila adik balik sekolah, ramai lelaki ikut adik dan hantar adik balik. Kenapa adik tidak balik sendiri? Kan ada bas nak balik rumah.. Adik usahalah sikit tunggu bas, susah sikit je. Adik malas nak tunggu bas yek?? Adik jangan begini, mereka itu bukan muhrim untuk adik. Haram berdua-dua dan berpegang-pegang. Adik mesti pernah dengar tentang batas-batas mengenai hubungan lelaki dan perempuan. Jadi adik kena jaga itu, berdosa kita buat apa yang Allah tak suka. Adik nak suatu hari nanti anak-anak adik orang pegang dan bawa pergi ke hulu ke hilir?? Mestilah adik tak nak kan?? Jadi adik kesianlah kat ibubapa kita. Malu bila orang tanya, kenapa anak-anaknya ikut lelaki pergi sana-sini. Adik perlu ingat adik kan perempuan, jadi adik perlu jaga maruah adik dan maruah keluarga. 

      Wahai adikku sayang, maafkan akak sebab akak tiba-tiba menasihati adik begini. Akak sayang adik sangat-sangat, jadi akak nak adik berubah. Bukan adik brubah sebab akak atau ibubapa kita suruh, tapi berubah kerna Allah. Adik akak ni pandai, cantik dan berpikiran matang jadi adik pikirlah sedalam-dalamnya apa yang akak tulis ni. Ini bukan untuk kebaikan akak tapi untuk adik. Semoga kita sama-sama selamat di dunia dan akhirat dari kemurkaan ALLAH.  Akhir kata, akak sayang adik. Semoga adik paham apa akak sampaikan. InsyaAllah.

p/s: secara tiba-tiba terbit di hati hendak menulis mengenai ini. Rasa sedih sebab tak mampu nak nasihatkan adik-adik yang di luar sana. Kesian sangat dengan mereka kerna masih tidak sedar. Tapi saya tidak mampu berdepan dengan mereka kerna saya lemah. Tapi ini saja yang saya mampu. Saya doakan mereka semua cepat sedar dan di berikan sedikit kesedaran oleh Allah. Amin. insyaAllah. Saya sebenarnya tiada adik perempuan yang di maksudkan,  tapi adik-adik di luar sana semuanya ibarat adik-adik saya. InsyaAllah. (T_T)


sekian terima kasih
wassalam
nam

Monday, April 4

~~♥ ♥ TIPS NIKAH KAHWIN♥ ♥~~

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Entry kali ini saya ingin berkongsi mengenai tips nikah kahwin.. wow!!.. saya pun belum nikah tapi dah pandai nak bagi tips.. hehe.. artikel ni saya jumpa di ILUVISLAM. Ia amat menarik untuk di kongsi buat semua lapisan masyarakat yang dalam proses nak bernikah.. Apa lagi, ayuh sama-sama kita pelajari tips-tips nikah kahwin. (n_n)....

Tips yang menarik untuk dikongsi bagi mereka yang sedang mempunyai niat untuk berkahwin dalam masa terdekat dan bagi mereka yang telah berkahwin :

1. KETIKA MENCARI CALON
...Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.



p/s: excited, serious, nervous bila cerita mengenai hal ini.. namun saya masih belum bersedia kerna ibu yang baik adalah hak anak.. saya masih belum mampu jadi ibu yang baik... (T__T).. tapi masanya akan tiba.. kepada sesiapa yang bakal melangsungkan perkahwinan.. maka saya ucapkan tahniah.. semoga jodoh berkekalan hingga ke akhir hayat. amin.. inshaAllah..

sekian terima kasih..
wassalam...
nam

KETAHUILAH WAHAI LELAKI

BISMILLAHHIRAHMANNIRRAHIM

~ Kadang kala dalam sesebuah perhubungan itu ada sesuatu yang tak mampu diungkap. Samada perlu difahami sendiri atau perlukan pengalaman bagi memahaminya. Kadangkala sesuatu nampak remeh di mata lelaki tetapi besar ertinya di hati wanita.

~ Ketahuilah wahai lelaki bahawa wanita pantang ditegur kekurangan diri walhal mereka kemudian nya menyedari kebenaran itu.

 ~Ketahuilah wahai lelaki bahawa wanita cukup benci kepada sikap bongkakmu, kata-kata manismu dan egomu.

 ~Ketahuilah wahai lelaki bahawa wanita itu cukup sensitif hati dan perasaan nya. Lebih baik terus diam daripada berkata andai kata-kata itu mampu melukakan hatinya.

~ Ketahuilah wahai lelaki bahawa wanita rasa cukup bahagia andai kamu bersedia berjumpa kedua ibu bapanya bila-bila masa.

 ~Ketahuilah wahai lelaki bahawa wanita itu akan rasa berharga dan dilindungi andai kamu langsung tidak menyentuhnya sehingga halalnya perhubungan itu.

 ~Ketahuilah wahai lelaki bahawa wanita itu akan rasa selamat di samping mu andai kamu sentiasa menjaga pandangan mu dan tingkah laku mu.

 ~Ketahuilah wahai lelaki bahawa wanita akan merasakan kamu lah pembimbing terbaik nya andai kamu berani dan mampu menegur memperbetulkan kesalahan dalam perbuatannya.

 ~Ketahuilah wahai lelaki bahawa wanita itu akan menadah tangan penuh kesyukuran tatkala mendengar kamu mengetuai bacaan doa-doa harian.

 ~Ketahuilah wahai lelaki bahawa wanita itu mampu menitis kan mata kesyahduan dan penuh syukur andai kamu berkesempatan mengimami sembahyang berjemaah.

~ Ketahuilah wahai lelaki bahawa wanita mampu cair mendengar kelunakan kamu mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran.

~ Ketahuilah wahai lelaki bahawa wanita itu akan berasa cukup bahagia andai kamu sering mendahulukan ibumu dan keluargamu dari segalanya.

 ~Ketahuilah wahai lelaki bahawa wanita akan mencintai kamu andai kamu mencintai sepenuhnya agamamu, mencintai keluarganya dan keluargamu, hormati keluarganya dan keluargamu tanpa menyakiti hati mereka.

~ Ketahuilah wahai lelaki bahawa wanita itu akan merasakan dirinya lah yang paling cantik dan indah andai kamu menerima dirinya seada nya.

 ~Ketahuilah wahai lelaki bahawa wanita itu mahukan seorang LELAKI sebagai suaminya. LELAKI yang mampu membawa nya ke jalan yang benar. Membawanya semakin dekat kepada Allah. LELAKI yang bakal mengimami solat jemaah mereka sekeluarga. LELAKI yang akan mengetuai bacaan doa-doa harian. LELAKI yang mampu menjawab segala kemusyikan anak-anak kelak. LELAKI yang mampu mengawal keluarga. LELAKI yang mengenal erti tanggungjawab dan akhirnya LELAKI yang mampu menjadi idola kepada setiap bapa-bapa.


p/s: perhatian kepada sesiapa yang membacanya. ini sekadar ingin berkongsi. tiada maksud apa-apa. selamat membaca.. :).. mohon maaf jika ia menyinggung perasaan sesiapa~

sekian terima kasih.
wassalam..
nam


PERMULAAN UNTUK BERTATIH

BISMILLAHHIRAHMANNIRRAHIM...

                Syukur kerna Allah SWT masih berikan nikmat kehidupan pada saya yang hina ini. Saya masih di berikan kesempatan untuk membetulkan silap dan salah yang selama ini saya lakukan. Mungkin masih belum terlambat buat saya. InshaAllah. Terima Kasih Ya ALLAH. (n_n)
.......................................................................................................
           Permulaan untuk bertatih ini mengenai apa?? EXCITED, SERIOUS, NERVOUS semasa ingin menulis entry ini. Tetapi alhamdulillah Allah permudahkan penulisan saya. Ia adalah permulaan untuk perubahan...Perubahan itu apa?? Haaa.. Ramai yang belum sedar dan masih lena dibuai mimpi indah.. Mereka masih leka dengan kesenangan yang mereka ada sekarang.. Sesungguhnya jangan lupa masa semakin suntuk, hari kiamat bakal menghampiri kita..Saat kematian semakin hampir, amal dan ibadat tidak meningkat.. Astagfirullah.. Apa kita dapat bawa untuk kembali ke akhirat nnt????.........
...............................................................................................
          Inilah permulaannya, cari kembali jawapan dan kesedaran dalam diri anda... Sesiapa anda dan apa tujuan kelahiran anda di dunia... Tepuk dada tanyalah iman.. Sesungguhnya anda akan mengetahui jawapannya. InshaAllah... Kembalilah semula kepada ISLAM yang sebenar-benarnya.. Haa.. susah nak buat macam tue??? Apa kata kita mulakan dengan bertaubat??? Susah jugak??? Memang susah nak bertaubat.. Tambah-tambah bila hati tak mahu.. Jadi mulakan perlahan-perlahan, lama-lama boleh la. Bila hati dah kuat, nanti inshaAllah istiqamah dan mujahadahlah dalam hidup beragama ini..
.....................................................................................................
        Bertaubat sudah... kemudian apa??? Kemudian adalah mempelajari ilmu dan amalkannya. Contohnya anda tidak tahu mengaji Al-Quran, maka pergilah menuntut ilmu. Apabila dah tahu dan pandai, maka selalu beramal dengannya.. Dan mengajarkannya kepada orang lain pula.. 

Riwayat Abu Umamah yang maksudnya :
“Aku pernah mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Bacalah oleh kamu al-Qur’an, sesungguhnya (al-Qur’an) itu datang pada hari qiamat menjadi syafaat kepada pembacanya.”

(Hadis riwayat Muslim)

Hadis riwayat Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang maksudnya:
“Tidak berkumpul satu kaum di suatu rumah daripada rumah-rumah Allah (masjid) yang membaca al-Qur’an dan saling mempelajarinya antara mereka melainkan diturunkan ke atas mereka ketenangan, diselubungi rahmat, di kelilingi para malaikat rahmat dan Allah mengingati mereka pada siapa di sisiNya.” 
(Hadis riwayat Muslim) 

Jadi pelajarilah Al-Quran dan dengan kita memperolehi syafaat.. InshaAllah...
.....................................................................................................
      Setelah beberapa lama bertatih maka sampai masanya anda akan belajar berjalan.. Berjalan lagi susah dari bertatih namun tiada yang mustahil dengan izin dari Allah... Berusaha perlahan-lahan dan anda akan merasai nikmatnya kelak. InshaAllah. (n_n)
...................................................................................................
p/s: entry first ini mungkin sedikit kelam-kabut, namun saya akan berusaha memperbaikinya lain kali. InshaAllah.  Semoga apa yang hendak saya sampaikan dapat di terima.. Amin. InshaAllah. 


sekian terima kasih...
wassalam..
nam