Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

" sesungguhnya Allah berfirman: 'Aku bersama hamba-Ku selagi mana ia mengingati-Ku dan kedua-dua bibirnya bergerak (untuk berzikir)" (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

Wednesday, November 30

Telah Jatuh Cinta?

ASSALAMUALAIKUM WBT

Oppss.. bukan saya jatuh cinta kepada sesiapa tetapi cuma jatuh cinta pada karya ini. (",)

Surat dari seorang suami buat isterinya.. 


(walaupun dah banyak kali orang post kat blog, saya masih nak post juga sebab saya sangat suka penulisan ini dan yang paling penting bahagian di bawah ini)

Sebelum ku akhiri surat ini
Aku ingin beri pujian untuk pengorbananmu
Tetapi…Aku tak pandai bersyair, tak seperti ahli dunia mengutip “ Beethouven “ atau “ Shaekespear “ untuk memuji kekasihnya.

Namun, aku hanya bisa berkata :

Aku mengagumi “ Matamu yang memerah “
Saat kamu menangis meminta hidayah.
Aku mencintai “ Pipimu yang merekah”
Saat kamu berkhidmat, menyiapkan secangkir teh disaat aku lelah.
Aku takjub dengan “ hidungmu” yang mengeluarkan isak
Saat kamu bertaubat atas masa lalu kita.
Aku mencintai belaian “ tanganmu" saat kau mengusap anak kita yang berbuat kesalahan.
Aku menikmati indahnya “ senyummu “
Saat kamu menghibur anak kita yang menangis
Agar mereka kembali tertawa.
Aku bersyukur…Allah SWT telah jodohkan aku dengan engkau.
Aku tahu banyak lelaki yang berhajat padamu
Untuk itu aku tak akan sia–sia kan kamu
Menjagamu dari musibah dunia dan akhirat.

Istriku …
Aku mencintaimu …
Tetapi aku tak selalu bersamamu
Aku sering tinggalkan kamu …
Maafkan aku…
Hanya aku berharap
Mencium harum nafasmu di dalam syurga
Tanpa ada lagi perpisahan
Memelukmu tak akan lagi ku lepaskan…

Ya Allah…
Anugerahkan kami …
Rahmatilah kami…
Gembirakanlah istriku walau dalam kesunyian
Dengan adanya asbab atau tanpa asbab disisinya…
Bersihkan hati istriku dari kecintaan kepada dunia
Agar mudah melafazkan nama-Mu
Saat hari terakhir kehidupan dunianya
Perpisahan kami dalam memperjuangkan agama-Mu
Jadikan asbab berkumpulnya kami dalam keluarga yang sebenarnya di Jannah.
Jadikan kesedihan kami,
Kerinduan kami,
Asbab Engkau ampuni kesalahan kami…
Jadikanlah asbab pengorbanan kami ini
Engkau redha kepada kami
Dan jadi asbab hidayah buat seluruh alam
Amin…Amin…Amin…


Tuesday, November 29

Kembali Mengingat Allah SWT

ASSALAMUALAIKUM WBT.

Bila diri semakin penat memikirkan hal dunia yang tiada kesudahannya. Kecewa di hati tetap tidak akan mampu di ubat lagi. Semua seakan tidak berada di landasan yang sebenarnya. Pelbagai permasalahan muncul dalam diri. Dunia yang makin di kejar semakin menjauh. Astagfirullah... Sememang nya apa sebenarnya di cari di dunia ini? Harta setinggi gunung, pangkat yang tinggi melangit atau apa? kecewa, kecewa dan kecewa lagi.. astagfirullah...



Bila engkau merasa sedih pada dunia, bila kau rasa tak ada yang peduli padamu…
Ingatlah, Allah senantiasa berada pada sisi kita… 
Cinta pada Allah, Untuk Allah adalah sebenar-benarnya cinta yang hakiki…
Berserahlah pada Allah, gapailah ketenangan yang tertinggi dengan menyebut lafaz namanya dalam setiap doa dan munajat hatimu padaNya…
InsyaAllah, hidup akan tenang dan damai selamanya..



Walaupun sebenarnya diri ini ingin....................

Tetap TERTAWA walau aku sebenarnya ingin MENANGIS...
Tetap TERSENYUM walau aku sebenarnya KECEWA...
Tetap KUAT walau aku sebenarnya SUDAH TIDAK SANGGUP lagi...
Tetap SEMANGAT walau aku TERTEKAN oleh masalah...
Dan yang terpenting tetap SABAR dan memandang segalanya baik saja walau sebenarnya hatiku LEMAH dan sedang TERLUKA

Bukan makhluk tempat kita berharap sebaliknya Allah SWT adalah sebaik-baik tempat untuk kita berharap dan berserah diri. Bukan kepada makhluk kita mengadu sebaliknya Allah SWT adalah tempat sebaik-baiknya kita mengadu..... 

CUKUP BAGIKU ALLAH!!

Dengan mengingat Allah
Hilangkan semua kegelisahan
Cukuplah hanya Allah
Hati bergantung dan berserah diri


Kalimah ini akan cuba di sematkan di hati apabila di timpa dengan masalah atau ujian yang menduga jiwa.....

Hasbunallah wa ni’mal wakil, Ni’mal maula wa ni’mal nashir…
Cukuplah hanya Allah untukku, dan Allah lah sebaik-baik penolong bagiku… 

Laa haula walaa quwwata illa billah…
Tiada daya dan upaya tanpa pertolongan Allah…
Ameen ya Allah…


p/s: Jangan pernah lupakan Allah SWT kerna Allah SWT tidak pernah lupakan kita walaupun sesaat.. Ingatlah Allah SWT dalam waktu susah dan senang kita.. Semoga nusrah Allah SWT akan datang pada kita apabila kita di timpa ujian dariNya.. Kembalilah pada Allah SWT kerna hanya padaNya tempat kita berpaut. Jangan berharap kepada manusia kerna manusia tiada kuasa mengubah segalanya sebaliknya Allah SWT punya kuasa untuk mengekalkan atau mengubah sesuatu yang di takdirkan buat kita. Mintalah pada Allah SWT kerna insyaAllah Allah akan mengabulkan permintaan kita. (",).. Dan permintaan saya pada Allah SWT adalah semoga Allah SWT mematikan dan menghidupkan manusia dalam iman islam ini.. Ameen ya Allah...


Tuesday, November 22

Aurat itu Maruah Diri

ASSALAMUALAIKUM WBT


Iblis laknatullah membisikkan kepada para wanita bahawa apa jua pakaian termasuk hijab tidak ada kaitannya dengan agama, sebaliknya ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan. Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus. Bagaimanakah caranya?

1. Membuka Bahagian Tangan
Kebiasaannya telapak tangan sudah terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan fesyen, iaitu membuka bahagian hasta (siku hingga telapak tangan).“Ah! Tidak apa-apa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang.” Begitu bisikan syaitan. Akhirnya si wanita menampakkan tangannya dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa. Maka syaitan berbisik, “Hah,tak apa-apa kan?”

2. Membuka Leher dan Dada
Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi.

“Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan fesyen yang lebih maju lagi, iaitu terbuka bahagian atas dada kamu, tetapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sedikit untuk mendapatkan hawa agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli kerana sebahagian sahaja yang terbuka.”

Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari fesyen setengah lingkaran hingga fesyen berbentuk “V”.

3. Berpakaian tapi Telanjang
Syaitan berbisik lagi, “Pakaianmu hanya begitu-begitu saja, cubalah fesyen yang lebih bagus! Banyak kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar lebih indah dan cantik dipandang.” Maka tergodalah si wanita. “Mungkin tidak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya sahaja yang berbeza, agar nampak lebih feminin,” begitu syaitan menokok-nambah. Maka, jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi s.a.w sebagai kasiyat ‘ariyat (berpakaian tapi telanjang).

4. Agak Terbuka Sedikit
Setelah para muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi.
“Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, kerana sempit, kan lebih baik dibelah hingga lutut atau mendekati peha? Dengan itu kamu lebih selesa.”

Lalu dicubalah idea baru itu dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahaian bawah hingga lutut atau mendekati peha ternyata lebih selesa dan mudah untuk duduk atau menaiki kenderaan.

5. Tudung Semakin Kecil
Kini syaitan melangkah dengan tipu daya lain yang lebih “power”. Tujuannya adalah agar para wanita menampakkan bahagian auratnya. “Oh, ada yang terlupa! Kalau kamu pakai baju sedemikian, maka tudung yang besar tidak sepadan lagi. Sekarang kamu cari tudung yang lebih kecil agar serasi dan sepadan. Orang tetap akan menamakannya tudung.”

6. Terdedah
Si wanita ternyata selesa dengan fesyen baru yang dipakainya seharian. Syaitan datang memberi idea lagi.

“Rambutmu sangat cantik. Bukankah lebih selesa jika tudungmu dilepaskan. Kamu bebas mencuba fesyen rambut yang pelbagai. Malah, kamu boleh mewarnakan mengikut warna yang kamu suka supaya kelihatan lebih menawan.”

Maka, sekali lagi syaitan berjaya mempengaruhi si wanita supaya mendedahkan rambutnya.

7. Membuka Seluruh
Syaitan kembali berbisik, “Kalau langkah kakimu masih kurang selesa, maka cubalah kamu cari fesyen yang lebih menarik. Bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya kira-kira 10 sentimeter sahaja. Nanti kalau kamu sudah biasa, baru cari fesyen yang di atas paras lutut”

Benar-benar bisikan syaitan telah menjadi penasihat peribadinya. Maka terbiasalah dia memakai pakaian terdedah.

Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak bersalahan dengan agama? Namun bisikan syaitan menyahut, “Ah, jelas tidak bersalahan. Kan sekarang zaman sudah semakin moden. Kamu hanya mengikut arus fesyen masa kini.”

“Tetapi, apakah ini tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki?” hati si wanita curiga.“Fitnah? Ah, kalau kaum lelaki melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada fitnah lagi, kerana sama-sama suka?” syaitan menghasut.

Begitulah sesuatu yang seakan-akan mustahil untuk dilakukan. Namun syaitan tidak pernah berhenti membisikkan hasutan-hasutan jahat sehingga ke saat kematian seorang anak Adam itu. Hingga pada suatu ketika nanti akan muncul idea untuk mandi di kolam renang atau di pantai secara terbuka, di mana hanya dua bahagian sahaja yang ditutupi iaitu kemaluan dan dada!!!

Ingatlah, syaitan laknatullah hanya pandai menjanjikan kita dengan janji-janji palsu yang halus dan memikat, janji untuk keseronokan dunia, tetapi sebenarnya janji itu palsu dan racun yang mematikan! Nauzubillah…

Monday, November 21

Cerita Tentang Kita

ASSALAMUALAIKUM WBT





Nukilan ini khas buat seorang sahabat yang di kasihi oleh Allah SWT.. Buat sekian kalinya saya kehilangan seorang lagi sahabat yang banyak menasihati dan mengingatkan diri ini.. 


Hanya satu yang saya pinta darinya andai sahabat membaca nukilan ini.. 


"Maafkan nam atas semuanya dan halalkan ilmu yang nam ambik dari anda.. Anda sentiasa ada dalam ingatan nam.. Kerna ukhwah ini sangat berharga buat nam"


Teman..
Pergenalan kita terjadi kerna izin dari Yang Esa...
Kita berteman dan berukhwah dengan mudahnya..
Tidak mengenal nama ataupun wataknya..
Tiba-tiba terikat dengan ukhwah yang nyata..


Teman
Ukhwah yang ada manis dirasa..
Walaupun kadang-kadang badai melanda..
Itu hanya ujian buat kita...
Menguji hati yang menyayangi sesama..


Teman...
Ikatan ini sangat bermakna..
Buat diri yang tidak sempurna..
Walaupun banyak kesilapan yang menimpa..
Dirimu sentiasa ada bersama...


Teman..
Namun ikatan yang tercipta..
Tidak seperti yang di harap kita..
Ukhwah yang tercipta terputus juga..
Akibat diriku yang banyak dosa..


Teman..
Maafkan aku atas semuanya..
Melukakan dirimu sentiasa..
kerna sikapku yang tidak dewasa..
melupakan perasaanmu yang ada..


Teman..
Telah ku cuba untuk buatmu bahagia..
Ingin ku lihat senyumanmu sentiasa...
Tapi nampaknya tidak berjaya..
Kerna kamu masih berduka seperti biasa..


Teman..
Bukan niatku meninggalkan kamu..
Aku perlu pergi jauh dari diri mu..
Kerna tidak mahu terus melukakan mu..
Andaiku tiada kamu akan bahagia semula..


Teman..
Tidak akan ku lupa pengorbanan dirimu..
Mengajar dan menasihati diriku selalu..
Akan ku simpan semua amanat darimu..
Supaya dirimu tidak luput dalam hatiku...




p/s: ini khas buat sahabat yang sama-sama menangis dan ketawa bersama saya dulu.. namun sekarang dia tiada lagi.. dia yang pegi jauh atau mungkin juga saya yang menghilangkan diri.. (T__T).. sangat rindu saat itu..

Thursday, November 17

Jom Buat Kek

ASSALAMUALAIKUM WBT


Semalam kerna kakak saya nak ikram akak ipar yang mengidam nak makan kek lapis asam manis. Jadi kenalah saya membantu.. hehe.. (sendiri yang sebok sebenarnya). Lepas habis sahaja kerja terus pegi shopping bahan-bahan nak buat kek tu.


Punyalah mujahadah nak buat kek ni. Asbab nak pindah rumah, semua barang cam tunggang-langgang dalam rumah tu. Jadi nak cari alat-alat pun susah. Allah!


Dah siap semua bahan dan alat, jadi sedia nak buat adunan kek. Mula-mula kena pukul telur sampai kembang dulu. Lepas tu pukul mentega pula.. Campurkan telur dan mentega tadi sekali. Kek ni guna biskut mayat (cream cracker) atau biskut marie, tambah susu pekat sikit dan esen vanila.  Dah campur semua adunan, sedia untuk di kukus. Kek ni boleh kukus atau bakar. Mana-mana pun boleh, mudah je.. insyaAllah.. Allah kasi mudah.. (",)


Dari selapis ke selapis. Alhamdulillah siap juga. Alhamdulillah Allah kasi sedap.. (",)..


Ni la hasilnya...


Ada dua slice je sebab anak-anak buah dah makan dulu..


Lepas kita susah-susah siapkan kek ni, Allah kasi sedap. Mesti kita rasa gembira dan teruja sangat. Betul x?


"Hai orang-orang yang beriman, maknalah diantara rizki yang baik-baik yang kami berikan kepadamu dan besrsyukurlah kepada Allah, jika benar-benar kepada-Nya kamu menyembah". (Al-Baqarah:172)

Begitulah juga kalau kita susah-susah buat kebaikan, berkorban untuk agama Allah. Allah bagi syurga untuk kita. Mesti kita suka kan? Mesti kita rasa macam nak lompat sampai ke langit.


Hidup kat dunia ni mesti susah-susah supaya kita dapat bersenang-senang dalam syurga nanti. Sejahat-jahat manapun kita mesti kita tak nak masuk neraka kan? Sebab tu walaupun sedikit mesti kita buat kebaikan untuk bantu kita kat akhirat kelak.


Macam nak buat adunan kek tadi, banyak bahan kena guna supaya kek tu jadi macam yang kita harapkan. Kek tu kena cukup rasa, sedap. Baru kita puas hati. Macam tu juga kita nak syurga, kena usaha atas iman dan amal kita, baru layak nak masuk syurga nanti. Syurga sebaik-baik tempat kembali. InsyaAllah.. Siapa ada iman (yakin sempurna) walaupun hanya sebesar biji sawi, Allah SWT bagi syurga 10 kali ganda lebih besar dari dunia.

"Dan kerana kesabaran mereka (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya), mereka dibalas oleh Allah dengan Syurga dan (persalinan dari) sutera. Mereka berehat di dalam Syurga dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias), mereka tidak nampak di situ adanya matahari (usahkan hawa panasnya), dan tidak juga merasai suasana yang terlampau sejuk" (Al-Insan:12-13)


p/s: insyaAllah hari ini buat kek lagi.. sedap juga makan kek ni.. Allah kasi sedap.. (",)... siapa nak rasa sila datang umah. Tapi sekarang belum boleh datang sebab nak pindah umah dulu.. insyaAllah.. (",)

Wednesday, November 16

LOVE ALLAH!

ASSALAMUALAIKUM WBT


Semoga Allah SWT pilih..

Semoga Allah pilih lagi n lagi…

Sangat gembira hari ini..

Terima kasih Allah SWT..

Love ALLAH SWT!

(",)



Monday, November 14

Aku Datang dan Pergi

ASSALAMUALAIKUM WBT

Seorang yang adik yang cukup saya kenali bertanyakan di "shoutmix chat" saya di bahagian bawah blog ini..  "kenapa ek orang selalu pergi dalam hidup kita?" Mari akak ceritakan.. Walaupun ia mungkin tiada kaitannya.. (",)



Wahai adik...
mereka pergi kerna Allah menggerakkan mereka pergi.. 
Walau terpaksa atau rela mereka tetap akan pergi. 
Walau tangisan yang menghantar pemergian ini,
mereka tetap akan pergi..

Wahai adik...
mereka pergi mungkin kerna bertemu Illahi,
atau mungkin juga kerna sesuatu atas dunia ini,
Tapi adik apa pun alasan nya,
Ia tetap akan berlaku walau lambat atau cepat.

Wahai adik..
yang pergi biarkan pergi,
jangan di keruhkan keadaan hati,
kerna adik akan mulai melupainya nanti,
walaupun ia mengambil masa seumur usia ini..

Wahai adik..
redhakan pemergiaan mereka dalam hidupmu,
binalah kehidupan baru yang menyenangkan hatimu,
walaupun ia susah buatmu,
percayalah yang Allah ada di sisimu..

Wahai adik..
Akan hadir seseorang yang bakal menemani mu nanti,
percayakan takdir Allah ini,
kerna semuanya telah di takdir sebelum kelahiran mu lagi,
sabarlah menanti saat itu hadir nanti..

Manusia akan gilir-gilir memasuki dalam hidup kita dan mereka juga akan bergilir-gilir pergi dalam hidup kita. suka atau tidak ia akan datang atau pergi dalam hidup kita. selagi mana ia ada, hargailah ia kerna mungkin hari ini ia ada di sini dan mungkin esok ia tiada lagi.. (",)




Di bumi ini kita ditemukan
Satu arah satu perjuangan
Satu akidah satu pegangan
Asasnya terjalin ikatan

Ukhuwah fillah tidakkan musnah
Walaupun ombak walau badai mendesah
Tautan erat tak mungkin patah
Dengan ismullah kita berbai’ah

Bertemu berpisah
Hanya kerana-Nya semata
Redha Allah kita cari
Moga-moga kitakan dirahmati
Dengan niat yang suci
Bertemu kembali di negeri abadi…

Sunday, November 13

Bersyukurkah kita?

ASSALAMUALAIKUM WBT

"Rasul-rasul mereka berkata kepada mereka: "Kami ini tidak lain hanyalah manusia seperti kamu juga, tetapi Allah melimpahkan kurniaNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya; dan kami tiadalah berkuasa membawa kepada kamu sebarang bukti (mukjizat) melainkan dengan izin Allah. Dan dengan yang demikian maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman berserah diri." (Surah Ibrahim: 11)

"Orang yang banyak menerima budi akan melupakan orang yang memberi budi" 

Begitulah juga kita.. Astagfirullah.. Sukar bersyukur dengan apa yang kita miliki. Terutama insan yang menulis ini. Semakin banyak Allah memberi, semakin banyak pertolongan Allah yang kita lupai. Sifat yakin pertolongan dari makhluk masih kuat dalam diri. Kita berterima kasih kepada makhluk yang membantu kita tetapi kita tidak berterima kasih kepada Allah yang sebenarnya mengizinkan makhluk itu membantu kita. 

Kita dapat beli kereta, dapat beli rumah, dapat anak, dapat isteri yang cantik, dapat suami yang budiman, dapat pekerjaan yang baik. Namun pada siapa kita berterima kasih? Pada penjual kereta? Pada penjual rumah? Kepada isteri kita kerna melahirkan zuriat kita? Tidak.. Bukan kepada mereka sebaliknya kepada ALLAH YANG MAHA KUASA!. Ia adalah rezeki/ anugerah/ nikmat yang melimpah ruah yang di berikan kepada kita. MasyaAllah..

Walau sebanyak mana kita berdosa, sebanyak mana kita kufur, sebanyak mana kita berdusta, sebanyak mana kita berbuat kesilapan. Namun nikmat Allah SWT itu masih ada buat kita. Walau sebnayak mana dosa dan kekufuran yang kita buat, Allah tetap sampaikan rezekiNya dan rahmatNya pada kita. Namun kita masih sukar bersyukur. 

Saat kaki kita sejengkal menuju neraka, saat itu ada satu kebaikan yang kita pernah buat di dunia, Allah ampunkann kita dan memberikan syurga yang kekal abadi sebagai kediaman kita. Allah!! Bersyukurkah kita?

Sesungguhnya Allah SWT tidak akan menarik nikmat yang ada pada kita andai kita sentiasa mensyukuri nikmat yang ada. Andai di tarik balik, ia hanya sekadar ujian buat kita untuk menguji kesabaran dan tahap keimanan pada Nya.


Thursday, November 10

Perlukan pendapat

ASSALAMUALAIKUM WBT



Baru saja merehatkan diri kerna menempoh perjalanan 9 jam dalam kereta yang sungguh mencabar dari kL ke kedah. Selalunya perjalanan mengambil masa 5-6 jam tapi atas sebab keesokkan harinya nak raya haji jadi jalan agak sesak dan hujan pula turun dengan lebatnya sepanjang perjalanan. Sesampai kat umah makcik terus jumpa mak sebab dah dua minggu tak jumpa mak. Rindu sangat2.. (",)


teet.. teet.. Bunyi vibrate hp saya. Agak pelik menerima mesej malam-malam begini. Selalunya waktu begitu saya sudah di buai mimpi. (",)


Mesej dari seorang kakak yang juga merangkap teman baik saya.


"assalamualaikum. akak sayang nam kerna Allah. Jaga diri dan jaga kesihatan ya"


Sangat pelik bunyi mesej ini. Mengapa tiba-tiba sahabat saya ini menghantar mesej begitu pada malam-malam begini? Mungkin sahabat sedang binggung tentang sesuatu kerna itu dia menghantar mesej yang pelik kepada saya. 


Segera saya balas mesejnya untuk memberikan tanda bahawa saya sedia mendengar luahan hatinya. Rupa-rupanya sahabat saya ini sedang mengalami dilema. "Jodoh pilihan keluarga atau jodoh pilihan sendiri"


Terdiam saya saat itu kerna tidak tahu nak cakap apa tentang hal ini. Almaklumlah belum alami jadi cam mana nak beri pendapat..


Jadi kepada yang membaca entry kali ini.. Mohon memberikan pendapat di ruang komen di bawah.. 





Wednesday, November 9

Ayah dan Ibu

ASSALAMUALAIKUM WBT


AYAH..
Walaupun perkenalan hanya seketika...
Belum sempat bergaul manja..
Seperti sahabat ku lakukan kepada ayah mereka...
Kini dirimu telah bertemu Yang Esa....

AYAH...
Walaupun ayah sudah tiada...
Tetapi semangat ayah masih ada bersama....
Mengalir dalam darah yang ada..
Sambil ku mengenggam sejuta amanat...

AYAH...
Di saat ayah pergi...
Ibu menjadi ayah dan ibu dalam hidup kami...
Banyak pengorbanan yang di lakukan olehnya...
Untuk melihat semua anaknya berjaya seperti amanatmu padanya...
  
AYAH...
Mungkin kadang-kadang kami terlupa dirimu seketika...
Itu terjadi lantaran ayah tiada di depan mata...
Tetapi doa tetapku kirim buat mu disana...
Semoga Allah merahmati kehidupanmu disana...


IBU......
Hanya kata maaf yang mampu ku ucapkan padamu...
Kata maaf ini seolah-olah tiada kesudahannya...
Entah bagaimana untuk membendungkan perasaan di jiwa......
Kerna tidak berjaya membahagiakan dirimu seketika.........
  
IBU.....
Penyesalanku tiada penghujungnya.....
Bila dirimu hanya terbaring hiba......
Atas nasib yang menimpamu........
Ku mohon ibu maafkan aku......

IBU.....
Walaupun ibu hanya tersenyum gembira melihat kami.....
Namun ku tahu ada sesuatu membelenggu hatimu.......
Cuba nyatakan padaku wahai ibu....
Agarku mengerti akan perasaanmu........

IBU.....
Kata maafku tidak mampu mengubat hatimu...
Ku hanya mampu bermohon Allah ubati hatimu...
Kerna dalam gembira itu pasti ada duka dalam hatimu...
Tetapi ku masih tidak mengerti apakah ia......
  
IBU...
Bantulah aku untuk aku mengerti akan hatimu........
Maafkan anakmu dan redhai hidupku......
Kerna redha mu penting dalam hidupku.......
Untuk menyelamatkan aku di mahsyar kelak.....

"Hari Kekasih???"

ASSALAMUALAIKUM WBT.





Berapakah harga sebuah pengorbanan dan kesetiaan??

Kesetiaan si gadis di ukur dengan kesediaan untuk menyerahkan jiwa dan raganya sebelum menikah.. benarkah begitu kesetiaan? Astagfirullah..

Selepas berkorban 9 bulan mengandungkan si kecil itu, bila sampai masanya si kecil itu di buang ke dalam longkang, tong sampah.. benarkah begitu harga pengorbanan? Astagfirullah..


.........................................................................................


Valentine's day, mesti ramai tahu hari apa ini. Hari kekasih kan?? Ia jatuh pada tarikh 14 february setiap tahun. Pada saat ini pasangan kekasih yang bermadu kasih menyambut hari kekasih yang tidak pernah tercatat dalam kalendar islam di antara hari-hari yang patut di sambut.


Pada hari itu, si jejaka meminta si gadis membuktikan kesetiaan dengan mengorbankan maruah dan harga diri. Kerna cinta pada si jejaka, si gadis rela menyerah diri. Astagfirullah.. Begitukah nilainya cinta?? Andai si gadis tidak ingin membuktikan kesetiaan maka si gadis akan di tinggalkan.. Begitukah cinta?? Tanpa akad yang menghalalkan cara, si gadis menyerahkan diri. Bergelombanglah keduanya dalam zina yang di murka Allah. Astagfirullah.. Kedua-dua mereka berjaya di goda syaitan, saat itu nafsu jadi raja dalam diri.. Astagfirullah.. 


Selang beberapa minggu, si gadis di sahkan hamil. MasyaAllah.. Hadiah dari Allah, atas bukti "cinta" mereka.. Apabila mengandung si gadis meminta si jejaka bertanggungjawab atas anak yang di dalam perutnya. Namun si jejaka enggan, maka si gadis kecewa dan menggugurkan kandungan. Astagfirullah.. Tetapi ada juga si jejaka yang pada awalnya sanggup untuk bertanggungjawab, namun apabila sampai masa melahirkan. Si kecil yang tidak mengerti apa-apa di buang di dalam tong sampah, dalam sungai, dalam longkang, di tanam hidup-hidup dan ada juga yang di pam di dalam tandas.. Astagfirullah.. Dunia akhir zaman..


Sejak bulan september hingga sekarang, kita asyik mendengar berita tentang pembuangan bayi dan kekejaman manusia terhadap mereka. Sedarkah apakah puncanya?? Jika di kira sejak bulan 14 february hingga 09 november sekarang, ia hampir 9 bulan. Ia sama dengan tempoh kematangan bayi dalam perut. Jadi bayi-bayi yang terbuang dan di bunuh kejam ini mungkin  adalah "hadiah" atas sambutan hari valentine itu. Astagfirullah..


Inilah "hadiah" atas sambutan hari valentine itu....



















"Ya Allah yang Maha Pengampun lagi Maha Pemaaf, ampunkan kami atas dosa kami, ampunkan kami atas sifat sambil lewa kami. Ya Allah, ampunkan kami atas sikap tidak berperikemanusiaan kami, ampunkan kami atas sikap melambau batas kami. Ya Allah kami khilaf, ya Allah, kami lemah, kami tidak mampu menegur mereka dan kami juga tidak mampu menegur diri kami. Ampunkan kami ya Allah. Selamatkan anak-anak cucu Nabi Adam ini Ya Allah supaya tidak terpedaya dengan nafsu. Supaya tidak terhumban dalam neraka atas silap mereka ya Allah. Selamatkan kami dan bantulah kami. Kami takut dengan azabMu ya Allah. Ya Allah, lindungi anak-anak cucu ku nanti ya Allah dari perkara yang meraih murkaMu. Lindungi seluruh umat islam ya Allah. Berikan hidayah dan petunjuk menuju Mu ya Allah.  Ya Allah, tetapkan kami dalam jalan kebenaranMu ya Allah. Hidupkan dan matikan kami dalam iman dan taqwa kepadaMu. Kami perlu Engkau ya Allah... Ameen ya Allah"



p/s: tercalar hati apabila melihat si kecil yang tidak berdosa ini di lakukan begini. 

Selitan doa : 

"Ya Allah, berikan aku jodoh yang beriman dan beramal soleh. Berikan aku jodoh yang menjadi pekerja agamaMu, berikan aku seorang suami yang menjadikan dakwah sebagai maksud hidupnya, berikan aku seorang suami yang boleh mengajak aku keluar di jalan Mu. Ya Allah berikan aku anak-anak soleh dan solehah yang menjadi daie, daiedah, alim, alimah yang menjadi pengusaha agamaMu juga. Kekalkan kami dalam iman islam Ya Allah dan tempatkan kedua orang tuaku, keluargaku, saudara-saudaraku dan aku di samping kekasihMu kelak..ameen ya Allah" 

Thursday, November 3

Tidak Terlalu awalkah untuk saya bernikah??

ASSALAMUALAIKUM WBT

Soalan mengenai jodoh ini semakin kerap saya dengar apabila menjangkau usia 20an ni. Almaklumlah masa yang sesuai katanya bagi sesiapa yang ingin berumah tangga. Betul ker sesuai?? (",).. Kalau tanya saya tentang hal ini, saya sendiri pun belum ada jawapan.. Rahsia Allah tiada siapa pun tahu seperti itu juga ajal kerna kita tidak mungkin dapat menjangka bila ajal akan menjemput. Berbalik pada jodoh tadi, sebenarnya nak berkongsi tentang "KAWEN MUDA".. Ia bukan tentang saya, tapi mungkin tentang saya tentang orang lain.. Just want to share this artikel.. 


..............................................................................................
SOAL HATI REMAJA-PATUTKAH BERKAHWIN AWAL??

Rasulullah s.a.w bersabda: "Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi)"

Kahwin awal bukan satu masalah. Mari lihat persoalan-persoalan yang selalu menerjah di kepala anak-anak muda yang fitrahnya terhalang atas sebab-sebab tertentu.

1. Kahwin waktu masih belajar, adakah tidak mengganggu pelajaran?

Siapa cakap kahwin waktu sedang belajar mengganggu? Salah tanggapan tu. Sepatutnya, kahwin awal lebih memberi kita semangat yang membara. Yelah, sudah ada pasangan yang halal dan akan sentiasa menyokong kita, mesti la lagi bersemangat mau belajar kan? Lagi satu, orang yang sudah kahwin ni akan berasa lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin. Sebab mereka tahu bahawa mereka punya pasangan untuk dijaga, jadi mereka pun akan berusaha untuk buat yang terbaik bagi pasangan mereka. Apa-apa pun, tengok ibu bapa kita saja sebagai contoh. Sudah kahwin, tapi adakah mengganggu kerja mereka? Tidak kan?

2. Saya masih belajar, macam mana mahu bagi nafkah pada isteri kalau belum ada kerja?

Saya tahu ramai antara kita yang masih belajar, dan ramai yang meminjam dapat elaun biasiswa. Saya beranggapan pasangan yang ingin dikahwini jugak masih study Jadi ia bermakna dua-dua masih dapat hidup dengan wang yang asas tu. Jadi, sementara masih belum ada kerja, suami berilah nafkah yang termampu kepada isteri. Mungkin $25 atau $50 sebulan? Bergantung kepada berapa banyak isteri gunakan untuk makan. Lagipun, isteri jugak ada wang, jadi tak perlu rasa ada masalah di situ. Yang penting dua-dua masih dapat hidup. Lain la kalau isteri demand kereta, rumah, rantai emas, baju berlambak-lambak, dan macam-macam lagi. Jadi, sepatutnya tiada masalah dalam bab nafkah. Cuba kita tengok orang Arab zaman Nabi dulu. Adakah kebanyakan daripada mereka orang berharta? Tidak. Mereka cuma mampu memberi isteri makan makanan setakat yang mereka mampu beri. Itu pun sudah mencukupi untuk dijadikan nafkah. Nabi tak larang pun orang miskin berkahwin. Jangan jadikan kekurangan wang sebagai penghalang perkahwinan. Itu namanya menyalahkan takdir Allah. Berdosa.

Firman Allah: "Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui." (An-Nur:32)

3. Macam mana mahu cari modal untuk majlis perkahwinan?

Apa perkara asas dalam kahwin? Ya, akad nikah dan walimatul urus. Merisik dan bertunang tu bukan wajib pun. Jadi, potong kos seperti bagi hantaran waktu merisik dan bertunang, sudah jimat wang. Waktu akad nikah pun, jemputlah keluarga terdekat dengan kawan-kawan saja yang dapat datang. Berdosa bila tidak menghadiri jemputan walimatul urus. Jadi, jimat sikit kos kenduri. Buang wang saja sewa pelamin, sewa baju pengantin, sewa jurukamera dengan mak andam semua tu kerana ia termasuk dalam hal-hal yang sia-sia. Mas kahwin pun tidak perlu tinggi-tinggi kerana sebaik-baik magar adalah yang paling rendah. Mudah saja majlis perkahwinan dalam agama Islam. Tidak sampai puluh ribu pun.

Sabda Rasulullah s.a.w: "Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t, seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya." (H.R. Thabrani)

4. Tidak terlalu awalkah untuk saya berkahwin?

Kalau rasa dengan kahwin boleh buat semangat untuk belajar semakin meningkat, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh buat diri semakin bersemangat dalam agama, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh elak daripada fitnah dan maksiat, kahwin la. Itu maksudnya, kahwin memang perlu di usia muda. Benda yang baik, jangan dilambatkan. Takut kelak bertukar menjadi benda yang tidak baik. Cuba bayangkan anda ada pasangan yang disukai. Kan bagus kita cepatkan benda yang baik dengan berkahwin terus. Tapi kalau kita melambatkan perkahwinan yang bagus itu, mungkin kita akan terjerumus ke lembaah maksiat. Kenapa kita boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Tanya diri, jagalah iman.

Sabda Rasulullah s.a.w: "Apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi." (H.R. Tirmidzi dan Ahmad)

5. Bersediakah saya untuk kahwin awal?

Ini soalan paling bagus ditanya kepada diri sendiri. Tanya dulu soalan asas ni. Sudahkah saya solat penuh 5 kali sehari semalam? Bertanggungjawab sudahkah saya? Adakah saya panas baran atau penyabar? Adakah saya seorang yang bercakap menggunakan akal atau bertindak menggunakan akal di lutut? Pendek kata, ada banyak soalan spesifik yang boleh ditanya kepada diri sendiri. Walau apa pun jawapan dia, ini nasihat saya. Sentiasalah perbaiki diri dan mantapkan diri. Orang yang sudah berkahwin dan sedang belajar solat lebih baik berbanding orang yang sudah kahwin dan pandai solat tapi tidak amalkannya lepas kahwin. Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah yang paling bersedia sebenarnya.

6. Macam mana dengan restu ibu bapa?

Ya, ini la benda paling susah bila mahu kahwin awal. Faktor penghalang paling utama. Kalau kita dapat menjelaskan dengan baik kepada ibu bapa dan mereka faham, insyaAllah tiada masalah untuk berkahwin awal. Tapi kalau ibu bapa kita susah mahu terima sebab fikiran mereka masih terikat dengan fikiran tipikal masyarakat Melayu sekarang ni yang lebih terpengaruh kepada adat dan cerekarama di tv semata-mata, serta pemikiran risau akan tak cukup wang nak sara anak dara orang, sudah tentu mereka tidak akan terima setiap hujah yang diberikan seperti di atas. Apa-apa pun, saya doakan yang terbaik untuk mereka yang mahu kahwin awal supaya cepat bertemu jodoh. Ingat, bila seseorang itu berkahwin kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah, maka terbukalah segala pintu rezeki untuknya. Lihat, betapa banyaknya kelebihan kahwin awal. Fikiran kita yang sempit saja membuatkan kahwin ni nampak terlalu susah sangat.

Umar bin al-Khattab r.a telah berkata: "Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka." (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)

Nasihat saya untuk golongan-golongan yang sedang hangat bercinta tu, sebaiknya kahwinlah awal. Lebih banyak kelebihan kahwin awal berbanding kahwin lambat. Tapi semua itu pilihan masing-masing juga. Mudah-mudahan setiap pilihan yang kita buat adalah yang terbaik dan dirahmati Allah. InsyaAllah.

Rasulullah s.a.w bersabda: "Siapa yang benci dengan cara hidup (sunnah) ku maka dia tidak termasuk golonganku." (H.R. Bukhari dan Muslim)
...................................................................
Jadi kepada kakak-kakak, adik-adik, abang-abang yang ingin berkahwin muda dan masih ragu-ragu, minta petunjuk dari Allah SWT dengan beristikharah memohon petunjuk dan panduan. Allah Pemegang hidup dan mati kita. Apa yang kita rasa baik kadang-kadang bukanlah yang terbaik buat kita. Dan mungkin juga yang kita rasa buruk untuk kita kadang-kadang lebih baik buat kita.. Makhluk tiada kuasa, Allah ada kuasa!! Just follow the fate. Allah know eveything.. Trust Allah.. (",)

p/s: credit kepada orang yang tulis artikel tu. (",)