Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

" sesungguhnya Allah berfirman: 'Aku bersama hamba-Ku selagi mana ia mengingati-Ku dan kedua-dua bibirnya bergerak (untuk berzikir)" (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

Friday, September 23

Kenapa Buang?

ASSALAMUALAIKUM WBT

Meow... meow... meow.....


Terdengar tangisan kucing dari luar rumah, alhamdulillah rupanya Allah berikan tetamu hadir di  rumah saya pada malam itu. Walaupun kehadirannya tidak di sambut dengan kueh-kueh dan minuman penghilang dahaga tetapi kehadirannya di hargai di rumah kami. Kelihatan tetamu saya itu agak kurus dan memerlukan makanan. Mungkin dia kelaparan dan ingin menumpang berehat. 


bukan kucing ini yang menjadi tetamu rumah saya.. hehe..


Situasi di atas sering berlaku di rumah saya memandangkan rumah saya terdapat banyak kucing-kucing liar yang menumpang. Dan ada juga segelintir manusia mengambil kesempatan membuang anak kucing ini berhampiran rumah saya.. Isk3.. Apa yang menjadi persoalan pada saya.. Mengapa buang anak kucing tu? Kalau nak buang pun kenapa tak buang dengan ibunya sekali?? Kan senang nanti anaknya nak menyusu... isk3.. Tak paham betul....


Kesian anak-anak kucing lapar, nak menyusu tapi tiada ibu. Apa yang anak-anak kucing ini reti buat hanya menangis. Minta belas kasihan manusia tetapi jarang manusia yang paham anak-anak kucing ni lapar. Buat tak paham dan pegang-pegang kejap lepas tu biarkan.. isk3.. kejam... 


Apa yang mampu saya buat kalau nak-anak kucing ni di buang ke rumah saya hanya dengan belikan botol susu kucing dan susu kucing kat kedai haiwan dan bagi mereka minum susu. Susah juga pada awalnya nak bagi anak kucing ni minum susu guna botol tapi lama-lama anak kucing ni pun dah biasa. Lama-lama anak-anak kucing ni pun pandai manja-manja.. :D.. 


Ada juga ibu-ibu kucing yang ada kat rumah saya menjadi ibu tumpang kepada anak-anak kucing terbiar ni.. Kucing pun ada belas kasihan pada makhluk dengan membenarkan anak-anak kucing tu minum susu dari badannya ini kan pula manusia yang sebenar-benarnya mempunyai perasaan belas yang diberikan oleh Allah... Semoga Allah mengampunkan dosa kita atas kezaliman kita pada makhluk lain...

Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Kamu sekali-kali tidak akan dianggap beriman sehingga kamu bersifat rahmat". 
Ujar sahabat: "Kami semua sememangnya bersifat rahmat". 
Lantas Baginda SAW menjawab: "Bukan itu maksudku rahmatmu kepada kawan kamu, sebaliknya maksudku ialah rahmatmu kepada umum (alam sejagat)". (Hadis riwayat Tabarani)   

andai ia terdidik sempurna... 
Pada dunia akhir zaman ni, bukan anak-anak kucing di buang, anak kandung sendiri pun di buang.. isk3.. semoga Allah ampunkan dosa kita.. ameen... 

Andai benar telah berbuat dosa maka kena menutupi dosa itu dengan terus melakukan dosa?

Tidak terlintaskah bahawa anak itu amanat dan rezeki dari Allah? 

Andai tidak mahu menjaga si anak itu, mengapa tidak memberikan kepada orang lain untuk menguruskan nya? 

Mengapa membunuhnya? 

Tidak zalimkah perbuatan itu?? 

Aduh, jiwa makin tertekan, hati kian menangis mengenangkan semua itu. 

Duhai manusia tidak bersyukur kah kamu?? 

Mengapa menzalimi diri sendiri dan keturunanmu? 

Andai tidak mahu anak itu, boleh berikan sesiapa yang sudi menjaganya. Bukan dengan membunuh dengan kejam. Jangan sakiti si anak kecil itu kerna dia baru melihat dunia, jangan lukakan perasaannya kerna dia telah memilihmu menjadi ibubapanya, tetapi  mengapa engkau mengkhianatinya? Sayanginya dan belailah ia kerna ia amanah dari Allah buat mu..

Ya Allah Yang Maha Pengampun dan Pemaaf.. ampunkan kami atas dosa-dosa kami.. ampunkan kami atas kelalaian yang kami lakukan.. ampunkan kami atas kesilapan yang berulang kami lakukan.. ampunkan kami kerna tidak menjaga amanahmu.. ampunkan kamu ya Allah  Yang Maha Pengasih dan Penyayang.. Berikan kami hidayah Ya Allah.. Sinari hidup kami dengan cahayaMu, rahmati kehidupan kami Ya Allah.. Bantulah lah kami Wahai Tuhan Yang Maha Esa dan Yang Maha Kuasa...

p/s: kepada sesiapa yang buang anak-anak kucing kat umah saya, jazakallah khairan saya ucapkan kerna ia merupakan tanda rahmat dari Allah buat kami sekeluarga... Teruskan membuang anak-anak kucing ini di rumah kami.. :D

p/s 2: kepada sesiapa yang nak tinggalkan baby kat umah pun boleh, tapi ketuklah pintu rumah dan nyatakan hasrat anda untuk memberikan kami baby tu kerna jika tinggal kat luar nanti kena hujan, anjing gigit, nyamuk gigit.. kesian baby tu.. Klu dapat baby boleh jadikan adik angkat.. Wah.. Rahmat lagi... :D

8 comments:

ukhti,mardhiah said...

Assalamualaikum nam
wah..wah..lady first!..great..pengkomen ptama.

abah mard suka kucing, abang long juga suka kucing. Itu pgaruh arwah ibu y suka bela kucing.

Kucing rumah mard mcm2 keadaan ada, ada tu, abh bwa balik dari surau, abh kata ekor dia tersepit dkt pintu. Bengkok jadinya. Mula2, ingat nak potong, tapi abah bagi rawatan dulu, Alhamdulillah, ekor cat sihat, tapi, jadi bengkok ke atas.(",) abh panggil cat tu, "cantik"

kalau nak bela binatang, pastikan dia ada kawan, atau pasangan, baru binatang tu, x boring dan sedih(",)

nice entry nam.
(",)

penchacaiz said...

selalu jadi kat umah aku gak. mudah2an asbab pengampunan dosa.

*kt umah aku nenek kucing pun turut menumpangkan susunya pada ank kucing terbiar.

Norsha said...

kat rmh kami, kucingnya dipanggil abu, anak2 yg bagi nama tu...

Ismi Ijmi said...

satu family saya suka kucin.
mak tak suke manja,tapi kesian dan bela je ..
ada makanan bg .

nam said...

mard:

waalaikumussalam wbt mard..

good!.. lady first!... chaiyok2.. :D

kucing umah nam pasangan nya dengan kucing jiran2.. bila balik umah kucing2 nam dah bunting n beranak kat umah nam.. sebab tu rumah nam x penah sunyi dari kucing.. :D


tuan farid:

ameen ya rabb.. eh3.. sama dgn nenek kucing kat umah saya.. tapi dia garang, takut...

:D


kak norsha:

abu?? teringat abu zarim plak tibe2.. hehe..

anak2 buah nam semua suka kucing. tapi takut nak pegang.. :D


tuan izmer:

bagus suka kucing nie, org kata klu suka kucing atau haiwan2 lain makna nya seorg yg penyayang... :D

umu6point said...

Assalamualaikum..

hmm..kat sabah ni susah sangat nak jumpa kucing yg di buang. x jumpa juga yg berkeliaran. mungkin sebab banyak anjing di sini..

Hari tu nak minta suami belikan kucing di pasar tamu..tapi.. gosok2 mata dulu.. harganya rm2600.. mahallllnyaaaaa.. x jadi lerr..huhuu

mhafiz_ydin said...

Ada kucing cantik post kt blog. jual2. nak beli 1. x pernah lagi bela kucing ni. haha..

nam said...

kak umu:

waalaikumussalam wbt kak umu..

akhirnya kak umu sampai di blog nam.. :D

wah.. mahal nye kucing kat sabah.. mesti kucing bulu tebal n lebat tue.. :D


tuan hafiz:

ada bnyak kucing kat umah, yang baru lahir pun ada.. tuan x yah beli.. saya bagi je.. tapi janji kene jaga elok2.. hehe.. :D