Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

" sesungguhnya Allah berfirman: 'Aku bersama hamba-Ku selagi mana ia mengingati-Ku dan kedua-dua bibirnya bergerak (untuk berzikir)" (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

Sunday, September 18

"Tepuk Dada, Tanya Selera" atau "Tepuk dada, Tanya Iman"??

ASSALAMUALAIKUM WBT

Bak kata pepatah" tepuk dada, tanya selera", tapi pada pendapat saya yang dhaif ini, kita kena "tepuk dada, tanya iman". Jika kita tanya selera pasti nafsu yang akan menjawab, jadi bila nafsu main peranan, syaitan pun cuba la nak gunakan taktik menghasut untuk memperdayakan kita.


Kenapa pula iman? Apa kaitan dengan iman? Jom kita kenalpasti situasi-situasi ini.


Situasi 1:
Di shopping complex:


Sedang si gadis dan kawan nya sibuk membuat tinjauan yang dasat di kedai-kedai yang ada sekitar shopping complex, tiba-tiba azan zohor pun berkumandang dari masjid berdekatan dengan tempat mereka membeli-belah. Maka saat itu berbisiklah, "si nafsu" dan "si iman" 


si nafsu: jalan-jalan dulu la, belum habis tengok barang lagi ni, jap lagi pun boleh solat, waktu zohorkan sampai kul 4... 


si iman: solat jap la. bukan lama pun solat. jap lagi pun boleh sambung tengok barang lagi.


Situasi 2:
Di pejabat:


Jam menunjukkan pukul 7.15 petang, si adam masih lagi menghadap komputer untuk menyiapkan tugasan yang perlu di hantar esok pagi. Tiba-tiba kawannya mengajak si adam berjemaah solat maghrib di masjid berdekatan pejabat. Berbisiklah "si nafsu" dan "si iman"


si nafsu: alamak.. malasnya nak g jemaah, nanti mesti lama, klu buat sorang-sorang kejap jer habis. klu buat kat ofis x yah jalan jauh-jauh.. 


si iman: solat jemaah lagi best dari solat sorang-sorang. pahala pun beza. jom la pegi. lagi pun pening jugak menghadap benda ni lama-lama.


Situasi 3:
Di masjid:


Selepas selesai solat jumaat di masjid, si adam pun berlalu untuk balik semula ke ofis. Tiba-tiba sedang asyik berjalan, si adam di sapa oleh seseorang dan di hulurkan tabung untuk meminta sedekah. "Si nafsu" dan "si iman" pun berbisik la..


si nafsu: aduh.. tadi kat dalam tabung masjid aku dah masuk kan derma. x kan kat sini pun kene derma jugak. abis la duit aku klu derma lagi.. x yah la derma.. jalan jer la.. buat muka x paham..


si iman: tadi dah derma dalam tabung masjid, x per la.. derma lagi laa.. semoga Allah murahkan rezeki aku.. ameen.. senyuman pun sedekah juga, sedekah senyuman sekali laa.. (n_n)..


Situasi 4:
Dikedai menjual pakaian:


Si gadis sedang membelek-belek satu-persatu pakaian yang ada di hadapannya. Semua agak cantik pada pandangan si gadis ini. Tetapi semua pakaian yang di pamerkan agak menjolok mata dan nipis kainnya. " Si nafsu dan "Si iman" segera berkata:


si nafsu: wah.. cantik-cantiknya baju ni, klu aku pakai mesti lagi cantik.. lagipun jarang sikit jer. klu aku pakai baju jarang-jarang mesti lelaki asyik pandang aku.. 


si iman: astagfirullah, malu lah nak pakai baju jarang dan nipis cam ni. nanti terdedah auratnya. cari baju yang sopan dan elok sikit la..


Situasi 5:
di asrama:


Hari ini hari ahad, di kampus si gadis ini, terdapat majlis ilmu yang akan di adakan pada pukul 8 pagi di masjid mereka. Si gadis di ajak oleh rakannya untuk pergi ke majlis ilmu itu. Namun " si nafsu" dan "si iman" berbisik sesuatu..


si nafsu: pagi-pagi ahad ni la aku nak tidur lama sikit. aduh.. malasnya nak siap, malasnya nak mandi, malasnya nak pakai baju kurung, malas.. malas... malas....


si iman: wah.. tajuk majlis ilmu tu cam best je. mesti ada banyak info dapat. g kejap la.. dari aku tidur x dapat ilmu apa-apa baik aku g majlis tue..


................................................................................
Kadang-kadang kita tak perasan pun tentang hasutan si nafsu dan pujukan si iman ini kerna pada kita ia perkara biasa je. Tetapi sebenarnya ia ada, nafsu di dorong oleh syaitan dan iman di dorong oleh amal. 


Jadi nak tepuk dada tanya nafsu atau tepuk dada tanya iman??


p/s: ini sering berlaku dalam kehidupan kita, ada yang kita niat dan ada juga yang kita tidak niat. semoga dengan peluang yang Allah berikan kepada kita ini kita dapat gunakan sebaiknya. renung-renungkan dan selamat beramal.. (n_n)



4 comments:

penchacaiz said...

fuhh, sentap iman gua.

nam said...

Tuan Farid:

Yg menulis pun tersentap. Isk3.. :-)

Ismi Ijmi said...

yep.

tanyalah iman kan...

nam said...

tuan izmer:

insyaAllah..

semoga kita di kalangan orang yang menerima petunjuk.. ameen...

:)