Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

" sesungguhnya Allah berfirman: 'Aku bersama hamba-Ku selagi mana ia mengingati-Ku dan kedua-dua bibirnya bergerak (untuk berzikir)" (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

Tuesday, June 7

Adil kah kita?

Sabtu 4 Jun 2011 lepas, hamba dan seorang sahabat telah di gerakkan hati oleh Allah SWT untuk pergi ke majlis ilmu Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Maliki di Masjid Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah Alam.. Alhamdulillah.. Hamba ada menulis mengenai pengalaman hamba di majlis ilmu itu di entry sebelum ini.. Di entry ini hamba akan menulis mengenai pengisian yang hamba perolehi sepanjang majlis ilmu itu brlangsung.. insyaAllah.
........................................................................................
Keadilan

Manusia boleh mengambi masa berbulan-bulan untuk menyiapkan persiapan perkahwinan yang hanya akan berlangsung dalam kiraan saat.. 

manusia mengambil masa bertahun-tahun untuk mengumpulkan harta benda di dunia, namun setelah mati, anak-anak hanya mengambil, masa dalam kiraan saat untuk menghabiskan harta benda tersebut.

Banyak pergorbanan yang mampu manusia lakukan untuk sesuatu yang hanya dirasai dalam sesaat. Alahai kesian nya kita.. (T__T)

Manusia banyak membazir untuk mendapatkan benda yang sedikit.. Isk3.. bertapa ruginya hamba.. (T__T)

Pergorbanan yang banyak boleh manusia lakukan untuk mendapatkan dunia tetapi pengorbanan yang sedikit sahaja yang mampu dilakukan untuk mendapatkan akhirat yang baik dan abadi.. astagfirullah.. bertapa zalim dan ruginya hamba.. (T___T)

Sesaat sahaja diperlukan untuk berzikir, bertasbih, berdoa dan mengingati Allah SWT, namun kita masih sukar untuk melakukan itu.. isk3.. sedihnya hamba dgn diri hamba.. (T__T)

Banyak sangat nikmat yang Allah SWT berikan pada kita namun sedikit sahaja rasa syukur dan terima kasih kita kepada Allah SWT. astagfirullah.. maafkan hamba YA Allah kerna tidak bersyukur.. (T__T)

Allah SWT memberikan kita semegah-megah, sebanyak-banyak nikmat dan rahmat kepada kita, namun kita tidak melakukan amal ibadat seperti semegah-megah, sebanyak-banyak yang Allah SWT berikan kepada kita. Nauzubillah, Astagfirullah.. 

p/s: kesimpulannya Allah SWT memberikan sebaik-baik perkara kepada kita namun sedikit sahaja kita membalasnya.. Bertapa tidak bersyukur dan zalimnya kita pada Pencipta kita itu.. masyaAllah.. Allah SWT hanya inginkan kita selalu mengingati dan melaksanakan ibadat yang sempurna kepada Nya namun kita masih gagal untuk melaksanakan itu.. isk3.. kesian nya dengan diri sendiri kerna sering alpa dan lalai dengan dunia.. 
Sesunggunya Allah SWT itu Maha Adil kepada kita hambaNya namun kita masih tidak dapat berlaku adil dan tidak mementingkan Dia dalam semua urusan kita. isk2.. bertapa kejam nya kita..

...................................................................................


2 comments:

Unknown said...

saya suka post ni kak nam...best n mentarbiah diri ini...n_n

Unknown said...

best post ni kak nam...tarbiah diri ini...n_n