ASSALAMUALAIKUM WBT
Pekerja Agama,
Dimana-mana engkau ada,
di simpang sini, di simpang sana,
di surau sini, di surau sana,
Tujuan untuk menziarah saudara.
Pekerja Agama,
Sanggup bercuti kerja sementara,
untuk menziarah umat yang menderita,
terlupa agama lantaran terleka,
akibat terpengaruh dunia sementara.
Pekerja Agama,
Sanggup meninggalkan si isteri dan anak-anak di rumah sana,
kerna menjalankan tanggungjawab agama,
Bila pulang dirumah saja,
anak-anak segera menyambut dengan gembira.
Pekerja Agama,
Walaupun ada yang masih belajar di sekolah, universiti dan kolej yang ada,
namun bila cuti datang menjelma,
segera mereka berazam semua,
untuk menyahut seruan Rabb nya.
Pekerja Agama,
apabila keluar ke jalan Tuhannya,
masing-masing bagaikan selalu bersua,
sedangkan pada hakikatnya,
ia bertemu buat pertama kalinya.
Pekerja agama,
Walaupun ada dikalangan engkau cendekiawan dan golongan profesional negara,
namun apabila keluar ke jalan jihad-Nya,
Engkau hanya insan biasa,
Tiada pangkat di mata manusia.
Pekerja Agama,
Walaupun ada yang menghina dan mencerca,
kerna berpakaian selekeh belaka,
namun itu semua dahulu kala,
sekarang semua segak bergaya dengan berpakaian sunnah Nabi nya.
Pekerja Agama,
amalan sunnah jarang di lupa,
memakai serban, serta berseluar di atas buku lalinya,
kayu sugi juga tidak dilupa,
berjanggut kemas kacak rupanya.
Pekerja Agama,
Penuh di masjid dan di surau yang ada,
bertaklim dan berbayan tidak kira masa,
iman dan amal sentiasa di jaga,
semasa keluar di mana-mana.
Pekerja Agama,
Bukan dunia yang engkau tunggukan,
tetapi akhirat yang engkau nantikan,
hidup dan mati hanya untuk perjuangan,
Dalam menyebarkan risalah Tuhan.
Pekerja Agama,
Mungkin engkau tidak popular di mata manusia,
namun engkau mulia di hadapan Yang Maha Esa,
Kerna korban harta dan masa,
untuk menyambung tugas yang Nabi tinggalkan buat umatnya.
Dari Ibnu Mas'ud RA bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW, "Manakah amal yang lebih utama? " Baginda menjawab, "Solat pada awal waktu, berbakti kepada kedua ibubapa dan berjuang di jalan Allah." (HR Bukhari)
3 comments:
Subhanallah.. syahdunya sajak nh.. satu demi satu disentuh..smga Allah pilih kita sume utk jadi dai'e Allah
hidup seorang daie ialah mati di jalan Allah.
boleh tak nak copy?
tuan hidayatullah:
ameen ya rabb.. terkesan dengan laporan 40h di sabah di blog tuan..
sgt mujahadah. semoga Allah hantar lebih ramai pekerja agama ke sana.. ameen..
tuan farid:
benar tuan.. biar mati di jalan Allah, jangan mati kerna perbuatan sia-sia.. :)
boleh2.. sila2... :)
Post a Comment