Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

" sesungguhnya Allah berfirman: 'Aku bersama hamba-Ku selagi mana ia mengingati-Ku dan kedua-dua bibirnya bergerak (untuk berzikir)" (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

Wednesday, September 7

Pekerja Agama

ASSALAMUALAIKUM WBT


Pekerja Agama,
Dimana-mana engkau ada,
di simpang sini, di simpang sana,
di surau sini, di surau sana,
Tujuan untuk menziarah saudara.


Pekerja Agama,
Sanggup bercuti kerja sementara,
untuk menziarah umat yang menderita,
terlupa agama lantaran terleka,
akibat terpengaruh dunia sementara.


Pekerja Agama,
Sanggup meninggalkan si isteri dan anak-anak di rumah sana,
kerna menjalankan tanggungjawab agama,
Bila pulang dirumah saja,
anak-anak segera menyambut dengan gembira.


Pekerja Agama,
Walaupun ada yang masih belajar di sekolah, universiti dan kolej yang ada,
namun bila cuti datang menjelma,
segera mereka berazam semua,
untuk menyahut seruan Rabb nya.


Pekerja Agama,
apabila keluar ke jalan Tuhannya,
masing-masing bagaikan selalu bersua,
sedangkan pada hakikatnya,
ia bertemu buat pertama kalinya.


Pekerja agama,
Walaupun ada dikalangan engkau cendekiawan dan golongan profesional negara,
namun apabila keluar ke jalan jihad-Nya,
Engkau hanya insan biasa,
Tiada pangkat di mata manusia.


Pekerja Agama,
Walaupun ada yang menghina dan mencerca,
kerna berpakaian selekeh belaka,
namun itu semua dahulu kala,
sekarang semua segak bergaya dengan berpakaian sunnah Nabi nya.


Pekerja Agama,
amalan sunnah jarang di lupa,
memakai serban, serta berseluar di atas buku lalinya,
kayu sugi juga tidak dilupa,
berjanggut kemas kacak rupanya.


Pekerja Agama,
Penuh di masjid dan di surau yang ada,
bertaklim dan berbayan tidak kira masa,
iman dan amal sentiasa di jaga,
semasa keluar di mana-mana.


Pekerja Agama,
Bukan dunia yang engkau tunggukan,
tetapi akhirat yang engkau nantikan,
hidup dan mati hanya untuk perjuangan,
Dalam menyebarkan risalah Tuhan.


Pekerja Agama,
Mungkin engkau tidak popular di mata manusia,
namun engkau mulia di hadapan Yang Maha Esa,
Kerna korban harta dan masa,
untuk menyambung tugas yang Nabi tinggalkan buat umatnya.


Dari Ibnu Mas'ud RA bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW, "Manakah amal yang lebih utama? " Baginda menjawab, "Solat pada awal waktu, berbakti kepada kedua ibubapa dan berjuang di jalan Allah." (HR Bukhari)

p/s: kerna terkesan dengan laporan seorang pekerja agama yang keluar di sabah dan IPB baru-baru ini. Hamba yang tidak paham tentang usaha ini hanya mampu mendoakan mereka semua teruskan istiqamah dan mujahadah dalam kerja ini kerna masih ramai yang menunggu mereka di muka-muka pintu untuk mendengar tentang kebesaran Allah SWT. Semoga Allah hantar semua pekerja-pekerja agama ini ke seluruh pelusuk dunia. semoga dengannya hidayah tersebar seluruh dunia. ameen..

3 comments:

Hidayatullah said...

Subhanallah.. syahdunya sajak nh.. satu demi satu disentuh..smga Allah pilih kita sume utk jadi dai'e Allah

penchacaiz said...

hidup seorang daie ialah mati di jalan Allah.

boleh tak nak copy?

nam said...

tuan hidayatullah:

ameen ya rabb.. terkesan dengan laporan 40h di sabah di blog tuan..

sgt mujahadah. semoga Allah hantar lebih ramai pekerja agama ke sana.. ameen..


tuan farid:

benar tuan.. biar mati di jalan Allah, jangan mati kerna perbuatan sia-sia.. :)

boleh2.. sila2... :)