Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

" sesungguhnya Allah berfirman: 'Aku bersama hamba-Ku selagi mana ia mengingati-Ku dan kedua-dua bibirnya bergerak (untuk berzikir)" (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

Tuesday, July 26

Kebahagian Para Sahabat Di Samping Rasulullah SAW

ASSALAMUALAIKUM WBT


Rasulullah  SAW di utus untuk seluruh umat manusia untuk membawa pesan dan ajaran Illahi dan tiada membawa apa-apa motif tentang dunia. Maka Baginda SAW tidak pernah di anugerahi harta yang banyak, hamparan kebun buah yang luas dan tidak pula tinggal di istana yang megah bergaya. Dan pada ketika mula-mula menyebarkan ajaran Illahi ini, hanya segelintir yang mencintai Baginda dan sanggup bersumpah setia mengikut ajaran yang dibawaNya. Para Sahabat berpegang teguh memegang janji setia sekalipun  pelbagai kesusahan dan ancaman datang silih berganti menimpa mereka. Demikianlah kuatnya keimanan dan kecintaan mereka kepada Muhammad Ya Rasulullah. 


Ada yang di jemur, ada yang dipulau, ada yang dihalau dari rumah mereka, ada juga yang terpaksa bercerai dengan keluarga mereka, namun kasih sayang dan semangat terus membara untuk berjuang bersama-sama Rasulullah dalam memperjuangkan agama Illahi. 


Zaman muda para sahabat Rasulullah berbeza dengan zaman muda remaja sekarang kerna masa mereka banyak di habiskan dengan ikut berperang di bawah bayang-bayang kilatan pedang musuh demi membela keyakinan dan kecintaan kepada Muhammad SAW. Tiap-tiap pemuda bersedia bertolak ke medan perang dan menjemput maut datang kepada mereka. MasyaAllah. Kuatnya azam dan semangat ingin syahid dalam diri para sahabat. Para sahabat tidak gentar dan malah memandang perjuangan di medan perang itu sebagai satu perkelahan atau pesta pada malam raya. Ini kerna semangat kecintaan para sahabat kepada Rasulullah. Pada saat mereka diminta menjalankan tugas, para sahabat beranggapan itu adalah tugas mereka yang terakhir. Namun para sahabat sangat gembira dan suka cita untuk menjalankan tanggungjawab dengan jayanya. 


Mengapa para sahabat sanggup mencintai Baginda SAW? Mengapa para sahabat sangat bahagia apabila berada di samping Baginda? Mengapa para sahabat sangat gembira menyambut kedatanganNya sedangkan kesakitan, kesusahan, cabaran dan ancaman sentiasa ada semasa mengikutiNya?


Jawapannya kerna Baginda Muhammad Ya Rasulullah. Baginda adalah kekasih Allah. Para sahabat ketika bersama Rasulullah akan merasa nikmat hidup, ketika di dekatNya para sahabat akan berasa hangatnya kasih sayang, dan keikhlasan hati, ketika di bawah payung ajaranNya para sahabat merasa ketenteraman dengan mematuhi perintahnya para sahabat mendapat keselamatan dan dengan meneladani sunnah-sunnahNya para sahabat mendapat kekayaan batin. 


"Dan tiadalah Kami mengutuskan Engkau (Wahai Muhammad), melainkan untuk membawa rahmat bagi seluruh alam" (Surah Al-Anbiya':107)


"Dan sesungguhnya Engkau (Wahai Muhammad) adalah memberi petunjuk dengan Al-Quran itu ke jalan yang lurus" (Surah Asy-Syura:52)


"Dan (dengan kitab itu pula) Allah mengeluarkan orang-orang itu dari gelap-gelita kepada cahaya" (Surah Al-Maidah:16)


"Dialah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad, s.aw.) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya),dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (Pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata." (Surah Al-Jumu'ah:2)


" Dan juga menghapuskan dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka" (Al-A'raf: 157)


"Wahai orang-orang Yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila ia menyeru kamu kepada perkara-perkara Yang menjadikan kamu hidup sempurna” (Surah Al-Anfal: 24)


"Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah dan janganlah kamu bercerai-berai; dan ingatlah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu dahulunya bermusuh-musuhan, lalu Dia (Allah) menjinakkan hati kamu sehingga kamu menjadi bersaudara dengan nikmat-Nya (nikmat Allah), padahal (dahulunya) kamu berada di pinggir lubang neraka, lalu Dia (Allah) selamatkan kamu. Demikianlah Allah menyatakan ayat-ayat-Nya (tanda-tanda Allah) kepada kamu agar kamu mendapat petunjuk." (Surah Ali Imran: 103)


Ya Allah, limpahkanlah selawat dan salam kepada Muhammad Ya Rasulullah yang telah membuka ikatan-ikatan penyimpangan dan menyelamatkan jiwa orang-orang yang tergelincir. Anugerahkanlah redha-Mu kepada para sahabat yang mulia sebagai ganjaran atas apa yang mereka perjuangan bersama-sama atau selepas kewafataan baginda. Semoga kisah kecintaan mereka kepada Rasulullah SAW menjadi asbab lahirnya ramai perjuang-perjuang dan pengusaha agama di serata dunia. Ameen. 

3 comments:

Abu Zarim Mohamad said...

nabi adalah kekasih Allah,,,bile seseorg mencitai nabi,maka Allah akan kasih pd dia,,,masyaAllah,,,muliany banginda Muhammad SAW,,,,:)

Unknown said...

mashallah,nice entry,smoga sy dpt manafaat dr tulisan ini..

nam said...

abu zarim: benar. Rasulullah kekasih Allah... mencintai Baginda bakal menjadi asbab kecintaan Allah pada kita. semoga kecintaan kita kepada Rasulullah berkekalan selamanya dalam hati kita. ameen...

anak pendang sekeluarga: insyaAllah.. semoga Allah memberi manfaat kepada awak.. terima kasih kerna sudi membaca... (n_n)