Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

" sesungguhnya Allah berfirman: 'Aku bersama hamba-Ku selagi mana ia mengingati-Ku dan kedua-dua bibirnya bergerak (untuk berzikir)" (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

Thursday, July 14

Ku Nantikan Saat Untuk Teruskan Langkah



Gambar yang tersimpan di dalam pendrive di lihat satu-persatu. Teringat kembali zaman semasa belajar di uitm. Sekarang sudah hampir setahun lebih hamba meninggalkan zaman belajar, rindu rasanya kenangan indah masa belajar dulu.. (T__T). Dulu semasa masih belajar, diri ini sibuk ingin bekerja, namun sekarang hati ini rindu saat indah semasa belajar.. (isk3.. maafkan hambaMu ini kerna tidak bersyukur YA ALLAH). 

Kenangan ini menjengah kerna diri ini teringin sekali pergi menuntut ilmu, namun batas masa dan waktu tidak mengizinkan diri untuk meneruskan pengajian. Namun ia bukan pengakhiran hamba untuk menuntut ilmu kerna pebagai perancangan di atur untuk meneruskan pengajian yang tertunda. Walaupun mungkin lambat sedikit dari biasa hamba gagahkan untuk Allah SWT dan ibubapa tercinta. Semoga Allah SWT mudahkan jalan yang hamba pilih ini. ameen.



Hamba berharap hamba dapat gunakan masa yang tersisa dalam hidup hamba untuk menuntut ilmu. Hamba bekerja hanya dari pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang pada hari isnin hingga jumaat. Hamba masih punya masa yang banyak untuk menuntut ilmu di malam hari dan pada hujung minggu. 


Alhamdulillah pada saat hamba sedang mencari pusat pengajian yang sesuai untuk menyambung pelajaran, Allah SWT telah menghantar seseorang untuk hamba dan kami memiliki cita-cita yang sama. Lantaran mempunyai impian yang sama, ukhwah yang terbina mengikat kami. Kerna itu kami berjanji untuk meneruskan pengajian bersama-sama. InsyaAllah.


Hamba dan sahabat berusaha mencari pusat pengajian untuk pengajian alim dan hafiz. Alhamdulillah akhirnya hamba dan sahabat diizinkan Allah SWT untuk menjumpai pusat pengajian yang sesuai dengan kami. Terima Kasih Ya Allah... (n_n)...

Perancangan demi perancangan di atur bagi memudahkan proses pembelajaran kami nanti kerna kami ingin mendaftar diri untuk belajar pada tahun hadapan. insyaAllah. Jika boleh ingin juga kami mulakan pengajian segera namun apakah daya kami kerna pendaftaran hanya di buat pada awal tahun. Namun kami masih mencari dan mengintai-intai peluang ilmu yang ada untuk mengisi hati yang kian bersawang dan berkulat ini. 

Semoga Allah SWT menetapkan persahabatan hamba dan sahabat hamba yang ingin sama-sama menuntut ilmu dan meraih redha Illahi pada masa yang sama. Sesungguhnya hati ini berbunga lantaran Allah SWT menghantar dia di saat diri ini perlukan teman untuk mengatur langkah dalam mengubah dan mentarbiah diri menjadi lebih baik dari sekarang. Hamba bermohon supaya Allah SWT permudahkan perjalanan yang bakal kami tempuhi bersama. Salam Mujahadah buat sahabat yang di kasihi Allah SWT.. insyaAllah...


2 comments:

Ismi Ijmi said...

langkah dan terus melangkah

nam said...

Tuan izmer:

langkah pelan2 jer.
Semoga sampai destinasi yang di hajati. :) hajati. :)