Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

" sesungguhnya Allah berfirman: 'Aku bersama hamba-Ku selagi mana ia mengingati-Ku dan kedua-dua bibirnya bergerak (untuk berzikir)" (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

Thursday, July 21

JODOH VS USIA

ASSALAMUALAIKUM WBT


Alhamdulillah, pelbagai pertanyaan di lontar kepada si fakir ini kebelakangan ini. Ini memberi ruang kepada hamba yang tidak punya ilmu ini banyak membaca dan mencari bahan rujukan yang sesuai untuk menjawab persoalan yang tidak mampu di rungkai oleh minda. Walaupun persoalan yang diberikan mudah sekali namun si fakir (astagfirullah) ini tidak mahu memberikan jawapan tanpa berpandukan nas-nas yang shahih. Jadi kepada yang bertanya harap berpuas hati dengan jawapan hamba. Mohon maaf hamba dahulu kan jika huraian yang di berikan ada yang tidak kena dan tidak mencapai seperti yang sepatutnya. Semoga ia membantu pemahaman anda... (n_n)...






Soalan pertama yang ingin hamba kupaskan pernah hamba jawap dahulu di entry sebelumnya, ia berkenaan jodoh (link). Namun kali ini situasi ini berbeza kerna kali ini ia mengenai usia. Usia? Ada apa dengan usia? Usia wanita lebih tua dari lelaki menjadi masalah? MasyaAllah. Hamba tiada jawapan yang sesuai untuk menjawap soalan ini. Tetapi pada pendapat hamba yang hina (astagfirullah) ini, jodoh adalah titipan Illahi. Jadi bukan masalah usia tua atau muda pasangan kita. Sila rujuk link di atas untuk membaca mengenai jodoh ini, ia boleh di jadikan panduan kerna situasi ini hampir sama seperti di atas. 


hamba ingin berkongsi beberapa mafhum hadis untuk rujukan.


Bagi golongan lelaki, Rasulullah SAW pernah bersabda, :Seorg wanita itu di nikahi kerna 4; kerna hartanya, kerna keturunannya, kerna kecantikannya dan kerna agamanya. Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia" (Imam Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW pernah bersabda," Apabila org yang engkau redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia, jika tidak kamu lakukan demikian akan berlakulah fitnah di bumi dan kerosakkan yang besar"

Di dalam riwayat yang lain. menurut Abu Hatim al-Muzani RA, selepas Rasulullah SAW bersabda seperti di atas, lalu para sahabat bertanya." Ya Rasulullah, Walaupun dia telah mempunyai isteri?" Lalu Rasulullah SAW mengulangi. " Apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia" sebanyak tiga kali"

Hamba tidak perlu menghurai lebih banyak kerna hadis di atas telah menjelaskan tentang isu ini.


Jadi mengapa bimbang sedangkan semua yang berlaku adalah dengan izin Allah? Dan mana mungkin Allah sengaja mentakdirkan sesuatu yang sia-sia. Banyakkan mengingati Allah dan berdoa memohon petunjuk.. Semoga dengannya keputusan kita makin kuat dan kukuh.. insyaAllah.. 


“ Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal (tentang keadaan dan amalan kamu).” 
(Surah Al Hujurat :13)


p/s: harap jawapan hamba dapat memuaskan hati insan yang bertanya. Maafkan hamba kerna tidak mampu menghurai lebih banyak kerna hamba kurang ilmunya, semoga Allah kurniakan hamba kefahaman untuk memudahkan hamba menjawab soalan seterusnya. ameen... insyaAllah hamba akan berusaha menjawap persoalan lain yang di utarakan kepada hamba di entry seterusnya. semoga Allah mudahkan.. ameen..