Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

" sesungguhnya Allah berfirman: 'Aku bersama hamba-Ku selagi mana ia mengingati-Ku dan kedua-dua bibirnya bergerak (untuk berzikir)" (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

Monday, July 11

Mahkota Buat Ayah Ibu

ASSALAMUALAIKUM WBT

Ayah dan ibu
Hanya melalui tulisan ini dapat menyatakan apa yang terbuku di hati,
Harap ayah dan ibu berpuas hati atas jawapan anakmu ini,
maafkan andai ia menguriskan hati,
anakmu ini sedang berusaha untuk berbakti.

Ayah dan ibu
Maafkan anakmu ini kerna tidak mampu menyediakan harta yang banyak buat mu,
maafkan anakmu ini kerna tidak mampu menyediakan rumah selesa buat mu,
maafkan anakmu ini kerna tidak mampu menyediakan makanan yang sedap untuk santapanmu,
maafkan anakmu ini kerna tidak mampu menyediakan keperluan yang mencukupi menjelang hari tua mu.

Ayah dan ibu
maafkan anakmu kerna membuatmu menitiskan airmata kernaku,
maafkan anakmu atas ketelanjuran percakapanku,
maafkan anakmu atas perbuatan yang keterlaluanku,
maafkan anakmu ini atas semua silap salahnya wahai ayah ibu...

Ayah dan ibu
Walaupun ayah telah pergi awal dahulu,
masih terasa kesal di hati ini kerna tidak dapat membalas mu,
tapi aku redha kerna ia takdir Allah buatmu,
kerna sesungguhnya Dia lebih menyayangi mu.

Ayah dan ibu
Pasti akan ku usahakan untuk dapatkan mahkota itu buatmu,
Semoga Allah mudahkan usaha anakmu,
kerna tiada apa yang dapatku capaikan buatmu,
selain menjadikan mu istimewa di hadapan Pencipta ku.

Ayah dan ibu
Mungkin perjalanan itu jauh,
namun akan ku gagahkan untuk mu,
kerna aku lakukan buat meraih redha mu,
semoga dengan redha mu, Allah juga meredhai ku.


Hazrat Mu'az Al-Johani r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda,
“Sesiapa yang membaca al-Quran dan beramal dengan apa-apa yang terkandung dalamnya maka kedua-dua ibubapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari, sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah-rumah kamu di dunia ini. Bayangkanlah bagaimana pula keadaan orang yang dirinya sendiri beramal dengan al-Quran?.”
(Riwayat Ahmad & Abu Daud)

p/s: semoga Allah mudahkan usaha hamba untuk menyediakan mahkota ini buat ayah ibu yang telah membesarkan dan memberikan pendidikan yang baik kepada hamba. insyaAllah. 
semoga usaha hamba ini di terima oleh Allah SWT. 

3 comments:

Anonymous said...

masya ALLAh...tabarakallah:-).. ana suka puisi ni..bukan sekadar puisi:-)

Unknown said...

semoga Allah permudahkn...

nam said...

anoymous: alhamdulillah.. luahan hati dan rasa di jiwa... (T__T)

anak pendang sekeluarga: ameen ya rabb.. terima kasih.. (n_n)