Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

" sesungguhnya Allah berfirman: 'Aku bersama hamba-Ku selagi mana ia mengingati-Ku dan kedua-dua bibirnya bergerak (untuk berzikir)" (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

Wednesday, July 27

SAHABAT

ASSALAMUALAIKUM WBT


SAHABAT,
Kedatangan diri mu amat di nanti oleh ku,
Ku menunggu tetapi kamu masih tidak berkunjung tiba,
Ku berdoa meminta Allah percepatkan perjalananmu,
Supaya kita dapat cepat berjumpa.


SAHABAT,
Kita telah ditakdirkan untuk bertemu di dunia,
Menjadi teman dalam suka dan duka,
Menasihati dan berpesan sesama kita,
Supaya kita tidak terus terleka.

SAHABAT,
Entah mengapa hati berbunga,
kedatanganmu mengubat jiwa,
Engkau memimpin tanganku untuk bersama,
Teruskan usaha untuk bekalan di hari muka.

SAHABAT,
Bukan niatku menyusahkan diri mu,
Dengan cerita suka dan duka hidup ku,
aku sekadar memerlukan sokongan dari mu,
sepertimana aku memerlukan dorongan keluargaku.

SAHABAT,
Maafkan aku kerna selalu terlupa tentang dirimu,
Hingga mengabaikan perasaan kamu,
Hingga kamu menangis atas perbuatan ku,
Bukan niatku untuk menyakitkan diri mu.

SAHABAT,
Ingin saja aku katakan,
aku ingin bersahabat selama-lamanya,
namun apakah daya,
Kita semua bakal dijemput bertemu Yang Esa.

SAHABAT,
Sebuah puisi ini di gubah khas untukmu,
cuma ini yang mampu ku nukilkan buatmu,
Sekadar luahan rasa di jiwa,
Kerna kita bersahabat kerna Yang Esa.
Semoga Allah merahmati persahabatan kita.


p/s: sekadar luahan buat sahabat yang sedia mendengar dan bersama-sama memimpin tangan hamba yang selalu terkandas dalam kehidupan dunia. Semoga ALLAH sentiasa melimpahkan rahmatNya kepada dirimu wahai sahabat. Semoga ukhwah ini berkekalan..

4 comments:

Abu Zarim Mohamad said...

untuk mencari sahabat yg terbaik,bagai mencari sebutir permata di taburan butiran kaca,,,masyaAllah,,,moga Allah mudahkan,,,

mujahidah perindu syahid said...

Tabarakallah ukhtie.....ana juga mahu enti jdi SAHABAT ana..persis malah lebih baik dr puisi ini.andai tangan hina ini dirindui utk dipegang...biarlah krn ana dpt mmbawa enti menuju syurga ALLAh..namun andai tangan hina ini dpt mmbuat enti terjebak ke dlm nraka Nya yang panas membara..maka ana tak rela tgn ni mnyentuhmu apatah lagi menarikmu jatuh kpd kesengsaraan..T__T...ya ALLAH.ikatkan hati kami mncintai jalanMu...mudahkan langkah kami menuju redhoMu..amin..T__T

Unknown said...

SAHABAT merupkn cermin utk kita (dr Hamka)

nam said...

abu zarim: benar sekali.. bertahun diri ini menunggu kehadiran sang sahabat.. akhirnya dia muncul di saat diri semakin terlupa.. terima kasih kepada Allah kerna menemukan kami.. alhamdulillah... (n_n)

lina: wahai sahabatku... terima kasih ats semuanya.. semoga Allah merahmati diri mu sentiasa... semoga iman dan taqwa menjadi pakaian kita. ameen.. selamat bersahabat kerna Allah SWT...

anak pendang sekeluarga: benar.. bagaimana kita begitu juga sahabat kita... (n_n)